Isteri Setia Menjadi "Tulang Belakang" Suami
Hilang punca rezeki setelah suami berhenti kerja
Keadaan kaki Encik Goh yang bermula dengan gelembung kecil, berlarutan menjadi luka yang besar sehingga membuatkan dia hilang upaya untuk berjalan. Disebabkan itu, Encik Goh terpaksa berhenti kerja dan menghabiskan masa di rumah. Encik Goh tiada pilihan lain selain menanti isterinya mendukungnya bagi membolehkan dirinya bergerak ke tempat lain.
Kecekalan seorang isteri menjadi “tulang belakang”keluarga
Waktu pagi Valentian Misina dipenuhi dengan persiapan buatnya untuk anak-anak ke sekolah dengan menaiki motosikal. Bayangkan kesukaran yang Misina dan anak-anaknya alami, mereka terpaksa berhimpit berempat di atas motosikal untuk ke sekolah yang memakan masa perjalanan selama 30 minit.
Selepas selesai menguruskan anak-anaknya, Misina menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri untuk menguruskan suaminya. Segala mandi, makan dan minum diuruskan dengan rapi. Begitulah tangggungjawab terbesar yang kini digalas oleh Misina.
Encik Goh perlu cuci luka 3 kali seminggu
Luka pada kaki Encik Goh perlu dicuci dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan kuman. Risiko yang lebih teruk sekiranya luka tersebut tidak dibersihkan, kaki Encik Goh akan dipotong. Cabaran yang dihadapi oleh Encik Goh bukan hanya sukar untuk bergerak sahaja tetapi tiada kenderaan untuk menghantarnya ke klinik melainkan motorsikal. Keadaan ini menyukarkan Encik Goh mendapat rawatan yang sewajarnya.
Sokongan anda mampu menyelamatkan satu kaki dari dipotong!
Melalui Perkhidmatan Klinik Bergerak MyHeart, Encik Goh dapat menerima rawatan cucian luka di rumah tanpa perlu keluar rumah sekaligus meringankan beban isteri dan keluarga mereka.
Oleh itu, kami ingin mengajak #JiwaBaik di luar sana untuk menyokong perkhidmatan Mobile Clinic bagi memudahkan rawatan pesakit-pesakit yang memerlukan.
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Siapa yang biasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa menolongnya dalam hajatnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) |
Antara perkhidmatan yang Mobile Clinic tawarkan:
1. Perkhidmatan pengangkutan Ambulans
2. Perkhidmatan rawatan cucian luka, tukar tiub kencing
3. Perkhidmatan saringan kesihatan dan khidmat nasihat
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang senasib Encik Goh melalui perkhidmatan Klinik Bergerak MyHeart. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.