DARURAT BANJIR : TABUNG KECEMASAN BENCANA ALAM


TERKINI : Banjir di Klang Dijangka Bertambah Buruk Akibat Fenomena Air Pasang di Pelabuhan Klang



Keadaan banjir di Jalan Meru, Klang pagi tadi . Gambar - media sosial


Shah Alam : Mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 3,086 berbanding 1,011 orang pada jam 7 pagi tadi - Berita Harian

 “Air pasang dijangka setinggi empat meter melanda perairan kawasan berkenaan. Hujan di Klang sememangnya dijangka berterusan hingga esok, namun kemungkinan banjir bertambah teruk disebabkan air pasang pada jam 5 petang ini di Pelabuhan Klang.

"Jika hujan berterusan, air di darat tidak boleh keluar ke laut (berkemungkinan) kawasan di Klang, banjir tidak akan surut dan ada kebarangkalian menjadi lebih teruk," - Jurucakap Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)




Keadaan beberapa kawasan di negeri lain yang turut terjejas akibat banjir


Gambar - Ihsan pembaca

Kelantan, penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang bersiap sedia untuk berpindah selepas kawasan rumah kediaman mereka dinaiki air. 

Gambar- APM Pahang

Pahang, beberapa lokasi di kawasan Sungai Lembing, Kuantan dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak Jumaat. 

Gambar - Utusan  

Negeri Sembilan, penduduk Taman Indah Jaya, Lukut, Port Dickson menyelamatkan diri dan harta benda mereka selepas rumah dinaiki air awal pagi tadi. 


Jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi dan Jumlah pertambahan mangsa-mangsa di negeri yang terjejas akibat banjir setakat pagi tadi:

1) Pahang, 25 buah PPS beroperasi bagi menempatkan 513 mangsa daripada 137 keluarga di daerah Maran dan Raub.


2) Selangor, 17 buah PPS dibuka di Shah Alam melibatkan beberapa kawasan di Selangor terutamanya di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat.


3) Kelantan, 11 buah PPS telah dibuka. Peningkatan seramai 798 mangsa daripada 170 keluarga telah dipindahkan berbanding 735 mangsa daripada 156 keluarga, semalam.


4) Negeri Sembilan, 5 buah PPS telah beroperasi. Dua buah PPS adalah di Surau Siliau Hilir di Rantau dan Surau Keru Hilir di Tampin. Tiga buah PPS lagi di Balai Raya Kampung Jimah Lama, Balai Raya Kampung Permatang Pasir dan Balai Raya Kampung Paya, Lukut yang ketiga-tiganya di daerah Port Dickson. Banjir di Negeri Sembilan melibatkan lima buah daerah iaitu Seremban, Port Dickson, Tampin, Rembau dan Kuala Pilah


5) Terengganu, jumlah mangsa banjir kekal tidak berubah dengan 66 mangsa daripada 14 keluarga masih berada di dua PPS pada pagi Sabtu.

Sumber : Berita Harian dan Utusan Online


MyFundAction bergerak pantas untuk ke lokasi-lokasi banjir untuk menyampaikan bantuan. Terbaru,  kami sudah tiba di Pahang serta di kawasan Klang dan Shah Alam untuk membantu penduduk yang terkesan


Masih ramai yang terjejas dan perlukan bantuan. Ayuh bersama kami untuk penuhi keperluan segera mangsa banjir kilat di kawasan yang terjejas



Target Sasaran Diperlukan :


Pack  Ready To Eat(RTE) :RM200,000

Hotmeals : RM50,000

Hygiene kit , pad dan pampers : RM40,000

Lain2 keperluan  : RM10,000


*lain-lain keperluan seperti selimut, kain batik, tuala serta hygiene kit terutama kepada mangsa yang berpindah sehelai sepinggang.


MyFundAction sentiasa bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan bencana di tempat-tempat kejadian. Kami ingin mengajak tuan puan untuk berkongsi rezeki supaya kita dapat membantu lebih ramai mangsa bencana kelak.


Mari kita kuatkan mereka dengan doa dan bantuan terbaik dari kita


PILIH PAKEJ BANTUAN DI BAWAH : 


 TABUNG BENCANA ALAM (RM 500)


 TABUNG BENCANA ALAM (RM 250)


 TABUNG BENCANA ALAM (RM 100)


TABUNG BENCANA ALAM (RM 50)


TABUNG BENCANA ALAM (RM 30)


Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang meringankan (beban) seseorang yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat" [HR Muslim]


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG BENCANA ALAM (RM 500)
TABUNG BENCANA ALAM (RM 250)
TABUNG BENCANA ALAM (RM 100)
TABUNG BENCANA ALAM (RM 50)
TABUNG BENCANA ALAM (RM 30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN