KEPRIHATINAN ANDA MENGUKIR SENYUMAN MEREKA
TERIMA KASIH .
Keprihatinan anda mengukir senyuman mereka.
SIAPAKAH GOLONGAN YANG TERKESAN TERUK SEPANJANG MUSIM COVID 19?
Golongan Kurang Upaya.
Mereka yang terjejas kewangan dan sumber pendapatan.
Mereka yang sukar untuk keluar mendapatkan bahan makanan atau keperluan.
Warga emas dan dhoif menjadi keutamaan kami.
Majoriti daripada golongan di atas ini adalah mereka yang hanya bergaji hari, dan tentu sekali sumber pendapatan mereka terjejas sepanjang tempoh PKP ini. Ada yang kehilangan punca pendapatan, ada juga yang dibuang kerja, ada tentunya amat sukar bagi mereka melalui kehidupan kini.
Justeru itu,Program Rezeki Ummat adalah hasil kerjasama antara Food For Hunger dan Myfundaction untuk menyampaikan rezeki yang dikongsi anda bersama saudara Islam kita yang mengalami masalah kewangan ketika ini.
Antara bentuk bantuan yang kami berikan adalah barang keperluan asas dan makanan harian mereka. Manakala untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, kami sertakan juga susu dan lampin mengikut keperluan setiap keluarga.
Kami sedang aktif menyalurkan bantuan ini kepada 5 negeri terlebih dahulu iaitu :-
- Sabah
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Perak
- Pahang
Jumlah yang diperlukan ketika ini bagi membantu lebih 2200+ buah keluarga di setiap negeri diatas ialah RM300,000
Apa yang akan setiap keluarga dapat?
Setiap keluarga akan diberikan bahan makanan dan keperluan yang bernilai RM135/kotak. Ini anggaran kami, namun sekiranya ada keluarga yang memerlukan keperluan yang lain maka kami akan usaha untuk menyediakannya seperti lampin bayi dan lain-lain.
Kami menyediakan 3 pakej yang bersesuaian kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan dan memberi nafas lega kepada mereka yang terkesan sepanjang musim Covid19 ini.
"TERIMA KASIH"
Untuk teruskan, sila pilih pakej di bawah