Hadirkan Kelas Mengaji Untuk Asnaf dan Mualaf di Pelosok Sabah
Tahu tak, menurut Kementerian Pendidikan, 2020, seramai 12,000 pelajar di Sabah tidak mahir membaca, menulis dan mengira.
Kebanyakan daripada mereka tinggal di luar bandar dan sekolah di sana juga banyak yang terletak di kawasan yang miskin.
“…يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
Sedih betul tak? sebab ilmu tu kan penting. Islam sendiri mendidik umatnya untuk terus menuntut ilmu.
Jadi, MyFundAction telah menjalankan projek Pusat Mengaji Annur(PMA) di Sabah yang akan memfokuskan kepada pengajian al-Quran kepada asnaf dan saudara baru.
Selain al-Quran, pelajar juga akan diajarkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Alhamdulillah projek ini sudah berjalan 3 tahun dan beroperasi 3 hari seminggu untuk pelajar 7 hingga 60 tahun.
Pusat Mengaji Annur siap untuk mengajar lebih ramai lagi para asnaf dan mualaf yang ingin belajar mengaji.
- Kelas Fardu Ain (Seperti Bengkel Solat, penghayatan Ramadan, dan lain-lain lagi)
- Kelas Fardu Kifayah (Seperti Bengkel Pengurusan Jenazah)
Kami berharap dengan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai generasi Rabbani melalui pengajian Al-Quran.
Jadi, kami ingin mengajak tuan/puan untuk sertai kami dalam program ini.
Ayuh Jiwa Baik, kita sokong projek ini dengan berwakaf untuk pembangunan Pusat Mengaji Annur.
Reference: PMA SABAH