MUSIM SEJUK HAMPIR TIBA . SELAMATKAN 7 JUTA RAKYAT SYRIA YANG BAKAL KESEJUKAN OKTOBER NANTI !
PELARIAN SYRIA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA SEGERA!
Sudah lebih daripada 9 tahun rakyat Syria berhadapan dengan krisis peperangan. Peperangan di Syria ini mencatatkan sejarah hitam bagi dunia Islam akibat kekejaman pemerintahan Bashar Asad.
Pergolakan dan peperangan ini berterusan daripada awal tahun 2011 sehingga kini & dunia sudah pun melihat kehancuran yang berlaku di Syria. Kesan daripada peperangan ini mencatatkan lebih daripada 5.6 Juta rakyat Syria yang menjadi pelarian.
Kanak-kanak Syria adalah mangsa yang teruk terkesan daripada peperangan ini. Data UNICEF mencatatkan 5.3 juta kanak-kanak menerima impak buruk daripada peperangan ini, dan lebih daripada 2.6 juta kanak-kanak didaftarkan sebagai mangsa pelarian perang.
Keselamatan kanak-kanak ini juga tidak terjamin kerana mereka kehilang tempat tinggal & kekurangan sumber makanan.
Segala harta, tanah mereka hilang begitu sahaja. Mereka kini di kem pelarian kekurangan makanan & kanak-kanak disana sering kelaparan & sakit akibat kekurangan zat makanan di dalam badan.
Lebih merisaukan, kini telah hampir Musim Sejuk di Syria. Musim sejuk di Syria bukan seperti Musim Sejuk yang di tunggu-tunggu di Negara lain. Suhu persekitaran di Syria boleh berubah pada bila-bila masa di antara -10 hingga 10 darjah celsius, di samping hujan dan salji, yang boleh melanda pada bila-bila masa.
Bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika Musim Sejuk berlaku semasa dalam keadaan kekurangan sumber makanan & pakaian sejuk untuk mereka.
Kami memohon bantuan anda untuk sama-sama membantu menyumbang kepada pelarian Syria. Antara bantuan yang akan diberikan adalah:
1. Binaan khemah & penempatan pelarian yang baru
2. Makanan utama sepeerti sayur, ayam, daging, roti & tepung
3. Alat pemanas di Sekolah & Madrasah
4. Pakaian Musim Sejuk
Kami menganggarkan kos yang diperlukan untuk menjayakan kempen ini adalah lebih kurang RM10 juta. Jadi kami memohon bantuan daripada anda semua untuk kita sama-sama bantu saudara Islam kita di sana.
Hanya serendah RM30, anda mampu melindungi mereka daripada kesejukan