Kuku Kaki & Tangan Sebahgian Pelarian Syria Sudah Kebiruan Kerana Terlalu Sejuk, Ayuh kita bantu!

"YA ALLAH, TOLONGLAH KAMI BERTAHAN MUSIM SEJUK TAHUN NI" - RAYU PELARIAN SYRIA
Tatkala musim sejuk, mimpi para pelarian Syria tidak pernah lena.
Mereka tidur dalam keadaan kesejukan dan ketakutan tuan puan.
Si ibu sentiasa berjaga dek kerana anak kerap menangis kerana terlalu sejuk dan lapar.
MALAIKAT MENDOAKAN MEREKA YANG BERINFAQ DI WAKTU SUBUH
"SEKURANG-KURANGNYA 29 KANAK2 MENINGGAL KESEJUKAN PADA JANUARI 2019 - UNICEF"
Musim sejuk telah tiba. Marilah kita hulurkan bantuan dengan berkongsi rezeki yang kita ada untuk menyediakan alat pemanas dan bahan api untuk mereka segera.
Kami mensasarkan sebanyak 12,000 set alat pemanas akan diagihkan ke 3 buah negara ini.
Untuk 1 set, kami memerlukan kos sebanyak RM 250/set.
Jumlah kos untuk menghasilkan 12,000 set alat pemanas adalah RM 3Juta.
Setiap set ini mempunyai:
1 set alat pemanas
Bahan Bakar Beren (untuk 3 bulan)

3 NEGARA DARURAT PERLUKAN BANTUAN ALAT PEMANAS SEGERA
Seperti tahun sebelum ini, kami MyFundAction masih giat mengumpulkan bantuan musim sejuk buat saudara Muslim kita di Syria.
Namun untuk tahun ini, kami menambah lagi 2 buah negara yang juga terkesan teruk di musim sejuk iaitu Palestin & Lubnan.

BAGAIMANA NAK HULURKAN BANTUAN?
Anda boleh pilih pakej di bawah untuk membantu:
✅ HEATER & FUEL AID 1500 (6 SET ALAT PEMANAS)
✅ HEATER & FUEL AID 1000 (4 SET ALAT PEMANAS)
✅ HEATER & FUEL AID 250 (1 SET ALAT PEMANAS)
✅ HEATER & FUEL AID 100
✅ HEATER & FUEL AID 30
InsyaAllah hasil bantuan anda, moga-moga misi kami untuk menyampaikan 12,000 alat pemanas kepada 12,000 keluarga pelarian tahun ini tercapai.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (MyFundAction)
No akaun : 5505 1097 0076
Sila letakkan reference “ HEATER WINTER“