PENYAKIT LAMA MENYERANG KEMBALI, PERLU JALANI PEMBEDAHAN SEGERA

PENYAKIT LAMA MENYERANG KEMBALI, PERLU JALANI PEMBEDAHAN SEGERA

"Dulu sudah sembuh, sekarang penyakit tu datang balik..."


Adik Qaleysya berusia 10 tahun mengalami masalah jantung seawal kelahiran 1 bulan, ketika itu menjalani rawatan susulan di hospital dan mendapati adik Qaleysya mengalami sakit jantung berlubang, saluran darah sempit dan injap bocor. Penyakit itu pada mulanya dikesan apabila bibir dan kukunya kebiruan sehari selepas hari kelahirannya. 


Adik Qaleysya menjalani rawatan susulan setiap 6 bulan sekali untuk pemeriksaan rutin seperti imbasan jantung dan pemeriksaan tekanan darah. Ketika berusia 1 tahun, adik Qaleysya mengalami kesukaran bernafas dan apabila bermain kerap duduk kerana kepenatan. Adik Qaleysya di bawa ke hospital dan doktor mencadangkan agar menjalani pembedahan jantung berlubang jenis Tetralogy of Fallot (TOF). 


TOF merujuk kepada gabungan empat kelainan kongenital meliputi Ventricular Septal Defect (VSD), Pulmonary Valve Stenosis (PVS), kedudukan aorta yang dan dinding ventrikel kanan yang menebal. Kelainan yang memengaruhi struktur jantung ini menyebabkan terpompanya darah yang tidak lagi mengandung oksigen dari jantung menuju seluruh tubuh.

Pembedahan tersebut telah selamat dijalankan bagi membetulkan saluran darah yang sempit dan bahagian injap yang bocor itu. Namun kini ketika berusia 10 tahun, penyakit itu kembali dengan simptom batuk berdarah dan sukar untuk bernafas. Doktor mengatakan saluran darah adik Qaleysya makin sempit.

Adik Qaleysya perlu menjalani pembedahan segera. Kos pembedahan pada kali ini memerlukan sebanyak RM25,000 dan bapanya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori tidak mampu membiayainya secara tunai.

Kami dari MyHeart membuka Tabung Jantung buat pesakit-pesakit seperti adik Qaleysya bagi membiayai kos rawatan yang diperlukan. Kami mengharapkan kerjasama anda untuk sama-sama meringankan beban keluarganya agar adik ini dapat menjalani pembedahan dengan lancar. 

Info Pesakit : 
Nama: Nur Qaleysya Sofea
Umur: 10 tahun
Tempat tinggal: Klang, Selangor 

KEPERLUAN:


Kos pembedahan – Tetralogy of Fallot (TOF)  Repair RM25,000



Allah berfirman:


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 


BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090