Name of patient: Adam Iqram

ADAM IQRAM, ANAK SYURGA PERLUKAN BANTUAN



Penderitaan Adam Iqram boleh berkurang dengan sokongan anda. Spinal muscular atrophy telah menghilangkan keindahan zaman kanak-kanak Adam Iqram setelah kehilangan keupayaan untuk berjalan, berdiri, berlari dan bermain.



Adam Iqram seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, namun dia tidak dapat bergerak, bermain, berlari seperti kanak-kanak lain seusia dia. Ketika Adam dilahirkan, dia kelihatan normal seperti bayi lain. Namun semasa Adam berganjak ke usia 8 bulan, dia masih belum boleh meniarap. Atas kebimbingan terhadap cahaya mata mereka ibu bapa Adam mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.


Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan doktor mengesahkan yang adik Adam menghidapi masalah Spinal Muscular Atrophy dimana saraf tulang belakangnya tidak dapat menggerakkan otot-ototnya untuk berdiri mahu pon duduk. Atas faktor ekonomi keluarga yang kurang stabil ibu bapa Adam mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan hanya di hospital terdekat. Semenjak dari itu, adik Adam membesar berbeza dari kanak-kanak lain.



Berganjak ke usia 7 tahun, Adam menjalani rehab. Adam tidak boleh berdiri dan berjalan seperti biasa. Dia memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Sekarang adik Adam sudah berganjak ke usia 9 tahun. Tumbesaran Adam makin meningkat serta berat badannya makin bertambah. Ujar ibunya makin sukar untuk menguruskan Adam, untuk hantar Adam ke sekolah dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapanya memerlukan katil hospital bagi memudahkan mereka menguruskan Adam. Selain itu, adik Adam juga masih menggunakan pampers kerana sukar untuk dia bergerak ke tandas.

 

Setiap ibu bapa itu inginkan yang terbaik untuk zuriat mereka, tetapi atas kesempitan ekonomi keluarga segalanya sukar pada mereka yang memerlukan. Setiap bulan ibu bapa Adam terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi untuk pengankutan ulang-alik ke hospital dan juga untuk keperluan harian Adam seperti lampin pakai buang harian.


Oleh itu, Kami dari Myheart, dengan kerjasama MyFundAction, memohon sokongan dan doa anda untuk membantu Adam Iqram mengharungi keadaan ini dan pulang dengan kesihatan yang terbaik.

Semoga dengan sokongan kita dapat meringankan lagi bebanan keluarga kecil ini.

YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION ) 
MAYBANK ISLAMIC 
550510970419
REFERENCES:Adam Iqram


Attention! Please complete the form.

Required fields

DONATION OPTIONS

Option Quantity Value (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
TOTAL
GRAND TOTAL (RM)
Merchant Service Charge (RM)

DONOR DETAILS

DONATION DETAILS


Organization Info

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090