ATLET PARALIMPIK DERITA SPINAL MUSCULAR ATROPHY (SMA) 



Ahmad Nazmi atau lebih gemar dipanggil Nami merupakan pesakit SMA type 2 (Gejala kelemahan otot dan kelenturan (nada rendah/hipotonia) biasanya muncul di antara umur 7 dan 18 bulan), sewaktu lahir dia kelihatan normal sahaja, seperti tidak mewarisi penyakit kakaknya SMA dari kecil lagi. Namun setelah mencapai usia 7 tahun, kaki dia tiba-tiba mulai lemah. Setiap kali dia cuba berjalan dan berlari Nami kerap jatuh. Ibunya mula risau dengan keadaan Nami dan terus rujuk hospital dan bertemu pakar.  Setelah mendapat rujukkan daripada pakar Doktor mengesahkan Nami menghidapi SMA Type 2, dan semenjak itu Nami sudah tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Kesan daripada itu tulang belakang Nami juga kian melemah dan membengkok.


Lebih menyedihkan penyakitnya tidak akan sembuh, dan tiada ubat untuk merawatnya. Namun dia memerlukan penjagaan harian yang rapi untuk menjaganya. Nami seorang yang bersemangat dalam memperjuangkan penyakitnya, dia berusaha menjadi seseorang dengan menjadi atlet sukan yang dia minat iaitu catur. Lebih mengujakan Nami merupakan atlet Paralimpik Malaysia dan pernah mewakili negara di temasya sukan sea paralimpik KL 2017 dan kini dia giat berlatih untuk SUKMA. Ujarnya "kenapa saya pilih catur sebab bagi saya hidup ini adalah sebuah percaturan, kita kena bijak susun strategi hidup kita kemana hala tuju kita. Satu lagi, ianya melatih otak saya untuk kekal aktif. Bagi pesakit SMA macam saya, ianya akan melambatkan proses badan saya melemah dan meningkatkan jangka hidup saya". Rawatan untuk SMA tiada kerana ianya kekal, jangka hayat hidup SMA juga kebanyakkan tak lama. Namun tak bermaksud Nami tidak memerlukan. Nami berpontensi untuk pergi jauh sebagai atlet paralimpik, dan sebab itu kita ingin realisasikan impiannya.


Lantaran itu, Nami sekarang memerlukan katil hospital automatik kerana katil yang digunakan sekarang sudah berusia 20 tahun dan menanti roboh. Begitu juga dengan hoist yang digunakan untuk mengangkat Nami, ianya pon sudah rosak dan Nami memerlukan hoist yang baru. Selain itu, berat badan Nami sekarang sudah mencapai 80kg, ayah dan ibunya kian berumur dan sukar untuk mengangkat Nami. Dan untuk memudahkan dia bergerak ke hospital untuk rawatan susulan, Nami memerlukan car seat yang membantu dia untuk naik ke kereta. Kemudian, Nami juga memerlukan lampin pakai buang harian. Kesemuanya memerlukan kos yang tinggi.


Rentetan daripada itu, Kami daripada Myheart, dengan kerjasama MyFundAction, memohon sokongan dan doa anda untuk membantu Nami mengharungi keadaan ini dengan kehidupan dan masa depan yang terbaik.

Ayuh berikan peluang dan nafas baru buat mereka yang memerlukan diluar sana dengan berkongsi sebahagian dari nikmat rezeki anda.



YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION ) 
MAYBANK ISLAMIC 
550510970419
REFERENCES: Nazmi

Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Nazmi bagi menjayakan Tabung Genetik buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090