KANAK-KANAK DERITA PELBAGAI MASALAH JANTUNG

Sejak dari dalam kandungan lagi doktor mengesahkan Erica mengalami masalah jantung. Selepas lahir, doktor memaklumkan Erica perlu menjalani beberapa siri pembedahan. Adik Erica menjalani pembedahan pertama selepas 2 minggu dilahirkan. Pembedahan pertama itu dibayar oleh ayahnya sendiri dengan menggunakan duit EPF dan keluarga. Pembedahan tersebut berjaya dilakukan, namun pembedahan seterusnya perlu dijalani selepas umur 8 tahun. Namun disebabkan COVID, tarikh pembedahannya terpaksa diaturkan pada tahun ini dan pembedahan akan dijalankan pada bulan 4. 



Sementara itu, keadaan Erica saat ini kelihatan baik dan sihat sahaja. Namun sekiranya terlebih aktif, adik Erica akan cepat penat dan kadar oksigennya menurun dengan drastik. Sehinggakan kadang-kadang jelas kebiruannya, dikuku, bibirnya walaupun tak aktif. Erica mengalami terlalu banyak masalah jantung, dan ada risiko kalau tak menjalani pembedahan. Doktor mendiagnosis Erica menhidapi Isomerism, complete AVSD, TGA, PA, collateral supplying PA, TAPVD - tanpa terhalang. 



Menyedari hakikat itu, ayahnya berasa sedih kerana anak pertamanya menghidapi masalah yang besar macam ini, dan ibunya pula kerap risau dan sering berjaga-jaga untuk pastikan keadaan Erica sentiasa stabil. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka begitu jugalah ibu bapa Erica, mereka tabah dengan ujian tuhan dan setiasa inginkan yang terbaik buat kesihatan anak mereka. 



Rentetan daripada itu, Kami daripada Myheart dengan kerjasama MyFundAction, memohon sokongan kewangan dan doa anda
untuk membantu Erica mengharungi keadaan ini dan kembali sihat dengan kesihatan yang terbaik.


Ayuh berikan peluang dan nafas baru buat mereka yang memerlukan diluar sana dengan berkongsi sebahagian dari nikmat rezeki anda.



YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION ) 
MAYBANK ISLAMIC 
550510970419
REFERENCES: Erica

Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Erica bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Erica dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090