WARGA EMAS CEKAL JAGA ANAK LUMPUH AKIBAT KEMALANGAAN
Shamsul merupakan anak sulung dari 6 beradik, Shamsul seorang yang sangat ceria dan pulang menetap ke kampung setelah bekerja di Shah Alam untuk menjaga kedua ibu bapa setelah semua adiknya berkahwin dan berhijrah keluar kampung. Sebelum pulang ke kampung Shamsul bekerja kilang, setelah kembali ke kampung halaman Shamsul melakukan kerja-kerja kampung bersama rakan-rakan sekampung untuk menampung kos perbelanjaan harian mereka anak-beranak.

Pada hari kejadian, Shamsul dikatakan keluar pada pagi hari seperti biasa dan kemudian ibu bapanya dikejutkan dengan kehadiran orang kampung yang memaklumkan bahawa anak mereka terlibat kemalangan disimpang jalan keluar dari rumah mereka. Mereka kemudian bergegas ke lokasi dan melihat Shamsul sudah pun terlantar ditengah jalan dengan berlumuran darah, dengan bantuan penduduk kampung dan segera meminta bantuan kecemasan. Shamsul segera dibawa ke hospital dan menerima rawatan kecemasan.

Doktor memaklumkan bahawa Shamsul memerlukan pembedahan untuk mengalihkan sebahagian tempurung kepala (sementara). Tidak lama lepas itu, Shamsul perlu menjalani pembedahan dibahagian tengkuk kerana ada tulang yang patah. Shamsul telah berada di wad ICU selama 27 hari dan hanya seorang pelawat dibenarkan melawat. Shamsul tidak lagi boleh bergerak dan perlu diuruskan untuk mandi, buang air dan juga untuk berwudhu. Sehingga kini, Shamsul hanya terlantar di rumah. Masih menanti perkembangan dari pihak hospital untuk penjelasan jika ada pembedahan lagi yang akan dilakukan terutamanya untuk memasukkan tempurung kepala yang sebelum ini dikeluarkan.

Atas kesempitan ekonomi keluarga segalanya sukar pada mereka yang memerlukan. Setiap bulan keluarga Shamsul terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi untuk pengankutan ambulans untuk ke hospital, barangan perubatan dan juga untuk keperluan harian Shamsul seperti lampin pakai buang dan susu harian, yang memakan jumlah keseluruhan RM 13,700 ringgit. Setiap orang pasti akan berdepan dengan kesusahan, orang yang berduit tidak semestinya tidak akan menemui saat kesusahan. Kehidupan di dunia sarat dengan kesusahan bagi menguji hamba yang benar-benar beriman kepada-Nya.

Oleh itu, Kami daripada Myheart, dengan kerjasama MyFundAction, memohon sokongan kewangan dan doa anda untuk membantu Shamsul mengharungi keadaan ini dan kembali pulih dengan kesihatan yang terbaik.
Doa dan kata-kata yang semangat, memang sangat membantu. Semoga dengan sokongan kita dapat meringankan lagi bebanan keluarga ini.
Ayuh berikan peluang dan nafas baru buat mereka yang memerlukan diluar sana dengan berkongsi sebahagian dari nikmat rezeki anda.
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION )
MAYBANK ISLAMIC
550510970419
REFERENCES: Shamsul
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Shamsul bagi menjayakan Tabung Alatan Perubatan buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Shamsul dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers