Hadirkan kebahagian melalui program Rezeki Ummat untuk asnaf

Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) : 265 

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.”

Setiap umat Islam yang memiliki kelebihan rezeki diperintahkan Allah SWT untuk sentiasa memberi setiap rezekinya kepada orang yang memerlukan.



Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara, ramai fakir miskin yang sangat terkesan sehingga mereka kehilangan punca pendapatan.

Seperti yang dialami oleh Puan Pilesah, seorang ibu tunggal yang bertanggungjawab menguruskan 9 orang anaknya.

Mereka harus menahan lapar selama 3 hari kerana tidak memiliki wang untuk makan.



Di luar sana ada ribuan bahkan ratusan ribu fakir miskin yang kurang bernasib baik.

Tidak bekerja ertinya tiada pendapatan .

Tak ada pendapatan ertinya mereka sekeluarga perlu ikat perut untuk menahan lapar hari ini dan kemudian hari.

Melihat keadaan seperti ini MyFundAction berinisiatif dengan membuat program Rezeki Ummat.



Rezeki Ummat merupakan projek untuk membantu meringankan beban kelompok berpendapatan rendah dan menengah dalam menyediakan keperluan Makanan Asas.

Tujuan dari projek ini adalah untuk meringankan beban mereka dan memastikan keperluan asas mencukupi.

Mari kita berkongsi rezeki dengan mereka Kotak Rezeki Ummat akan diberikan dalam bentuk seperti bekalan asas makanan, bekalan makanan basah dan pek sedia makan.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ 2 - Kongsi Rezeki: RM50
PAKEJ 3 - Bantu 1 keluarga: RM150
PAKEJ 4 - Bantu 3 keluarga: RM450
PAKEJ 5 - Bantu 5 keluarga: RM750
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090