Wakaf Bina Semula Surau Yang Reput Dimakan Anai-anai


مَنْ بَنَى لِلَّهِ مَسْجِدًا بَنَى اللَّه لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة

Siapa yang membangun satu masjid untuk Allah, Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga.” - (Muttafaq 'alaih)



Tak sangka sudah hampir 10 tahun penduduk Lok Poring, Sabah terpaksa solat berjemaah di surau yang dhaif dan hampir roboh ini.


Bukan itu saja, surau yang menjadi tempat ibadat tumpuan penduduk setempat tak dapat diimarahkan sepenuhnya atas sebab faktor keselamatan.



"Tiang surau semakin uzur."


"Atap bocor apabila hujan."


"Karpet basah dan berkepam jika hujan."


"Lantai surau reput dan membahayakan."


"Jemaah muslimat pula tiada ruang solat tertutup."




TEMPAH MAHLIGAI IDAMAN DI SYURGA DENGAN WAKAF BINA RUMAH ALLAH


Pakej Wakaf Al-Firdaus - RM 1,000

Pakej Wakaf Al-Amin - RM500

Pakej Wakaf An-Naim - RM100

Pakej Wakaf Al-Insan - RM50

Pakej Wakaf Al-Ihsan - RM30





Bayangkan, sudah 10 tahun solat di tempat yang dhaif dan membahayakan itu.


Sampaikan pada satu tahap, penduduk Kampung Lok Poring berusaha menggunakan duit poket sendiri agar pembinaan surau baru cepat selesai.


Namun, kos yang diperlukan mencecah RM100 ribu dan penduduk di sana tak mampu untuk mempercepatkan pembinaan surau tersebut.


Kebanyakan penduduk di sana hanya peniaga kecil dan nelayan sahaja.



Ayuh bersama MyFundAction kita segerakan pembinaan surau baru untuk warga Lok Poring, Sabah.


Dengan wakaf anda, bukan saja menyediakan tempat solat yang selesa buat mereka, tetapi membantu untuk mereka lebih dekat dengan Al-Quran.


Insya Allah, mudah-mudahan berlipat kali ganda pahala untuk anda dan semua pewakaf.




Penafian: Projek Wakaf Masjid dan Surau - MyFundAction memfokuskan pembinaan semula masjid yang usang dan menyediakan fasiliti masjid/ surau yang lebih baik di sekitar Sabah. Misi utama kami adalah ingin mengajak lebih ramai orang mengimarahkan rumah Allah.