Projek Air Bersih Kg. Pansuran, Sabah
Pernah dengar tentang Kg. Pansuran? Kg. Pansuran adalah sebuah perkampungan nelayan di kawasan luar bandar daerah Pitas, Sabah. Rata-rata penduduk di sana hanya bekerja sebagai nelayan.
Sebenarnya di sana ada satu masalah yang tidak pernah selesai yang mereka terpaksa hadapi sejak dulu lagi. Iaitu tiadanya akses bekalan air bersih. Lagi-lagi ketika musim kering.
Disebabkan ini, mereka terpaksa bergantung kepada air hujan dan air dari sungai kecil untuk kegunaan aktiviti harian.
Penduduk kampung telah bekerjasama untuk membina empangan kecil bagi tujuan menyalurkan bekalan air ke kawasan rumah-rumah. Tetapi, kerana ada bahagian empangan yang pecah, air tidak dapat disalurkan untuk kegunaan penduduk kampung.
Jadi, MyFundAction mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah air di Kampung Pansuran dengan:
✔️ Memperbaiki bahagian empangan yang pecah dan memperkukuh struktur binaan.
✔️ memastikan saluran paip berfungsi dari empangan ke rumah penduduk Kg. Pansuran
✔️ Memupuk kesedaran dalam menjaga sistem air & empangan dengan baik
Projek ini diusahakan dengan harapan akan memberi manfaat seperti:
✅ Penduduk kampung dapat menjalankan aktiviti harian dengan lancar tanpa rasa risau
✅ Mempunyai bekalan air bersih yang konsisten untuk minum & masak
✅ Mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan air seperti kolera, cirit-birit dan sakit perut
✅ Mempunyai bekalan air stabil untuk tujuan pertanian
✅ Supaya penduduk Muslim Kg. Pansuran dapat air bersih untuk tujuan wuduk dan solat.
Tapi, kos yang diperlukan untuk merealisasikan projek ini adalah sangat besar sebanyak RM200,000. Jadi kami sangat harapkan sokongan daripada anda.
Ayuh semua Jiwa Baik, jom kita sama-sama jayakan projek air bersih di Sabah ini.
Jika masalah ini berlanjutan, lebih ramai terpaksa terus gunakan sumber air yang berkeladak dan keruh dan mungkin sampai satu tahap boleh mengakibatkan maut kerana penyakit bawaan air.