Lipatgandakan Pahala Dengan Wakaf Al-Quran Hingga Seluruh Pelusuk Sabah



“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (Iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh”. (HR. Muslim no. 1631)



Sedekah jariyah yang disebutkan di dalam hadis diatas boleh juga disama ertikan sebagai Wakaf yang merupakan salah satu amal jariyah dan InsyaAllah akan menjadi sumber pahala yang terus mengalir bagi orang-orang yang melaksanakannya. Salah satu wakaf yang mudah dan boleh ditunaikan oleh seluruh umat muslim adalah wakaf Al-Quran.



Tidak semua madrasah, surau bahkan masjid mushola di Sabah memiliki Al-Quran yang layak untuk digunakan. Kertas yang mulai menguning, sebagian halamannya hilang, huruf yang mulai memudar sehingga tidak dapat dibaca, bahkan seringkali Al-Quran tersebut tanpa sampulnya. Ini mengakibatkan asnaf, muallaf hingga anak-anak sukar untuk belajar dan membaca Al-Quran.


Melihat keadaan ini MyFundAction berinisiatif untuk membuat program Wakaf Al-Quran Sabah. Hasil dari program ini akan digunakan untuk penyediaan Al-Quran yang akan disalurkan ke masjid, surau, dan madrasah di Sabah. Tujuan dari program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran umat Islam di Sabah untuk membaca Al-Quran.


Wakaf Al-Quran dari anda tentunya akan sangat membantu mereka di sana. Selagi terus dibaca dan dimanfaatkan untuk kebaikan, wakaf Al-Quran dari anda akan terus menjadi sumber pahala yang terus mengalir bagi anda, juga menjadi peluang penyebaran dakwah Islam.



Mari bersama kita membantu meningkatkan kesedaran umat muslim untuk membaca Al-Quran dengan Wakaf Al-Quran mulai dari RM45.


Untuk Transaksi Wakaf Secara Manual/ Bank Transfer/ CDM

Bank : MAYBANK
Nama :  Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 550510970076
Reference: WAKAF QURAN


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A Wakaf 10 Naskah RM450
Pakej B Wakaf 5 Naskah RM225
Pakej C Wakaf 1 Naskah RM45
PAKEJ SEIKHLAS HATI - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090