
Gempa bumi Turkiye, Syria: Hampir 50,000 terkorban!
Semakin bertambah hari, semakin bertambah angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye, Syria.
Tak terbayang dek akal betapa tragisnya tragedi yang merenggut puluhan ribu nyawa ini!
Belum berakhir penderitaan dan kesedihan yang mereka tanggung, selatan Turkiye sekali lagi digegar dengan gempa bumi bermagnitud 6.8.
Pasukan kami yang salurkan bantuan awal di Turkiye, Syria turut merasakan gegaran gempa walaupun mereka berada pada jarak 70km dari kawasan gempa berlaku.
BERATUS RIBU MANGSA TERSELAMAT MERAYU BANTUAN SEKARANG!
Dengan sokongan berterusan anda, kami berjaya menyampaikan bantuan segera seperti khemah, makanan panas & roti, pakaian musim sejuk, selimut ke banyak kawasan yang terjejas:
- Sanliurfa
- Gaziantep
- Hatay di Turkiye
- Idlib di Syria
Saat ini, masih banyak lagi keperluan yang tidak cukup untuk diberikan kepada mangsa seperti:
- Khemah
- Makanan Panas
- Kit Kebersihan
- Pakaian Musim Sejuk
- Tilam dan Selimut
Dalam cuaca sejuk yang melampau sekarang ni, kami perlukan lebih banyak sokongan anda untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa!
Jom jiwa baik!
Berkongsi rezeki dan jemput lebih ramai rakan anda untuk menjadi sebahagian daripada kami dalam usaha ini dan berikan yang terbaik untuk mereka yang memerlukan.
Semoga Tuhan merahmati anda semua yang tak pernah henti membantu saudara kita yang memerlukan di bumi Turkiye & Syria!