RAWATAN TERAKHIR UNTUK SELAMATKAN ANIS!



Detik Januari 2024, mengubah hidup adik Anis dalam sekelip mata. Ternyata kanser yang ada dalam tubuhnya kembali aktif walaupun selepas 3 tahun dia menjalani rawatan. Kesan sampingan rawatan tersebut cukup memeritkan sehingga membuatkan rambutnya gugur, kerap demam, dan kulitnya jadi seperti terbakar




Bayangkan perasaan Encik Sahar dan isteri ketika itu: gusar, takut, sedih melihat anak sulung mereka diuji sedemikian rupa.

Anis telah menjalani rawatan kimoterapi sebelum ini, tetapi malangnya, rawatan tersebut tidak memberi memberi impak yang baik terhadap Anis. Jadi, sebagai solusi terakhir, doktor mengesyorkan  pembedahan pemindahan tulang sum-sum secepat mungkin. Adik Anis perlukan lagi sokongan dari #JiwaBaik semua untuk sama-sama membantu kos keperluannya.  Tetapi, bagi membolehkan adik Anis membuat pemindahan tulang sum-sum, Tiub Hickman diperlukan untuk saluran kemoterapi semasa prosedur pemindahan tulang sum-sum.




KOS KEPERLUAN TERKINI ANIS SOFIA (RM40,600)
Pembedahan pemindahan tulang sum-sum 
Tiub Hickman 

 
Ayuh Jiwa Baik semua, takkan kita nak biarkan gadis cilik ini bertarung nyawa melawan kanser seorang diri!

Jom sama-sama kita bekalkan semangat baru kepada adik Anis dan tunjukkan bahawa masih ada harapan buat Anis untuk terus hidup!

Disclaimer:

1)   Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit   dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di   Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
Tabung MyHeart - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090