Hangatkan Ramadan Pelarian Syria dengan Roti Segar
Sudah 13 tahun pelarian Syria tak dapat rasai kemeriahan bulan Ramadan. Bagi mereka, tiada beza sedikit pon berbanding bulan-bulan yang lain. Cuaca sejuk pula menambah lagi derita pelarian di sana.
Masih lagi mengikat perut, bercatu makanan. Pernah sukarelawan kami lihat sendiri mereka keringkan roti-roti untuk dimakan esok hari.
Kalau dulu masa berbuka meja makan penuh tersedia dengan pelbagai hidangan, sekarang secawan tepung untuk dimasak juga tiada.
Bekalan makanan untuk hari seterusnya belum tentu ada. Terpaksa mereka 'berpuasa' lebih awal daripada kita.

Dalam kegembiraan kita menyambut Ramadan bersama keluarga, jangan kita lupakan saudara-saudara kita di Syria. Kita sama-sama sediakan bekalan roti untuk mereka berbuka sebagai tanda syukur kita bertemy dengan bulan yang mulia tahun ini.
Suburkan syukur dengan banyakkan memberi, nescaya lebih banyak rezeki menanti. Ini ada disebut dalam firman Allah SWT surah Ibrahim, ayat 34 yang bermaksud:
"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)".
Bukan makanan mewah mereka inginkan. Hanya kepingan roti yang mengenyangkan untuk berbuka.
Walaupun ‘hanya roti’ yang kita sama-sama bekalkan. Tapi, lihatlah wajah-wajah gembira mereka kita terima roti dari kalian. Dengan roti ini, setidaknya tak perlu menahan lapar lagi.