Khidmat Kesihatan Percuma untuk
10,000 Pesakit
Kesihatan merupakan harta yang tidak ternilai. Malangnya, tidak semua golongan berpeluang merasai nikmatnya dengan mudah sekali terutamanya golongan berpendapatan rendah di luar bandar. Seringkali kami mendengar luahan mereka terpaksa memilih untuk mengabaikan kesihatan atas beberapa faktor.
✅ Kos rawatan home dressing yang tinggi
Doktor sedang menukar beg stoma Encik Murugesa
Encik Murugesa, ketua keluarga yang kini terlantar akibat kanser usus. Sebahagian ususnya telah dibuang akibat sel kanser. Doktor telah tebuk lubang pada perut untuk membuang najis menggunakan beg stoma.
Atas nasihat pakar, luka ususnya boleh terkena jangkitan jika banyak bergerak. Keluarga ini hilang sumber pendapatan tetap dan tidak mampu menampung kos perkhidmatan home nursing yang mencecah RM150-300/bulan.
✅ Gusar tak dapat sambung belajar kerana jaga ayah
Sedih terpaksa susahkan anaknya yang kini sedang mengambil SPM
Gusar hati Encik Hamdan yang kini kabur penglihatan akibat kencing manis tahap kronik sejak 2022. Dia tidak boleh keluar mencari rezeki kerana kedua-dua belah kaki bengkak dan luka yang lambat sembuh.
Hanya ada anak lelaki angkatnya sahaja untuk bergantung setelah kematian isteri, tetapi dia bakal menduduki SPM tahun ini.
Besar hasrat Encik Hamdan jika ada pihak yang boleh memudahkan rutin harian agar anak lelakinya tidak perlu risaukan keadaan dirinya dan fokus terhadap pelajaran.
Kami di MyFundAction berbesar hati melancarkan Klinik Bergerak MyHeart atau mobile clinic. Berkonsepkan kereta pacuan empat roda yang diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan perubatan, klinik ini menyediakan perkhidmatan perubatan rumah ke rumah dan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti secara PERCUMA.



Antara khidmat kesihatan yang terdapat di dalam Klinik Bergerak MyHeart seperti:
1. Perkhidmatan rawatan pesakit luar
2. Perkhidmatan rawatan kecemasan ringan
3. Perkhidmatan saringan kesihatan dan khidmat nasihat
4. Perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan
5. Notifikasi penyakit berjangkit
6. Perkhidmatan farmasi
Bagi mewujudkan kesedaran terhadap kesihatan dalam masyarakat, Klinik Bergerak MyHeart turut berfungsi untuk menjalankan saringan kesihatan dalam komuniti supaya dapat mengesan penyakit lebih awal.
Khidmat saringan kesihatan percuma untuk masyarakat termasuk:
- BMI
- Pemeriksaan Tekanan Darah/Gula Darah/Kolestrol
- Konsultasi Kesihatan
- Perkhidmatan Kesihatan Bagi Pesakit Luar
Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagi menjayakan KIinik Bergerak MyHeart ini, kami memerlukan sokongan besar anda untuk membiayai kelengkapan perubatan dan ubat-ubatan yang akan diberikan kepada pesakit semasa rawatan.
Kebaikan anda mampu menyediakan akses kesihatan lebih baik kepada hampir 10,000 orang kurang berkemampuan. Ayuh bersama kami membantu komuniti dan mereka yang memerlukan dalam jangka masa yang panjang.
Semoga Allah memberkati setiap rezeki yang anda kongsikan bersama mereka.
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.