Wakaf Pendidikan Untuk Muslim Di New Zealand
Menjadi seorang Muslim di negara minoriti Islam seperti New Zealand lebih-lebih lagi generasi kedua bukan perkara yang mudah.
Mereka menghadapi cabaran untuk biasakan diri dalam masyarakat kerana perbezaan agama dan budaya serta sukar mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Bukan itu sahaja, mualaf baru yang baru sahaja memeluk Islam juga menghadapi kesukaran yang sama.
Mereka ini perlukan dorongan dan bimbingan untuk menjadi seorang Muslim.
Jadi, Pusat Pembangunan Belia (MYDC) berperanan memberikan sokongan dan memperkuatkan kepada Muslim di New Zealand terutamanya generasi kedua dan saudara baru dengan menyediakan persekitaran selamat, program pendidikan dan masa depan yang lebih cerah.
Jom bersama kita rebut peluang berwakaf pendidikan untuk MYDC dalam membentuk masa depan generasi pemimpin Islam akan datang.