Berkat anak angkat : Pengalaman menjadi ibu ayah



Menurut anda, apa impian setiap pasangan yang dah berkahwin?

Nak memiliki zuriat, betul tak?

Sampai ada yang sanggup berhabis beribu-ribu sebagai ikhtiar untuk dikurniakan cahaya mata.

Tapi, pasangan terpilih ini Allah dah rezekikan dengan harta bernilai yang lain seperti rumah besar, kereta mewah, suami yang penyayang.

Bohonglah sebenarnya jika kita menafikan keinginan mereka untuk mengandung, melahirkan, menjaga anak sendiri macam pasangan berkahwin yang lain.

Namun, ada satu cara bagaimana golongan bertuah dan istimewa ini masih boleh bergelar 'ibu' dan 'bapa' iaitu dengan Program Anak Angkat Palestin.



Mengambil anak angkat merupakan antara pilihan terbaik bagi pasangan yang tidak dikurniakan rezeki untuk memperoleh zuriat sendiri.

Bercerita tentang Program Anak Angkat Palestin yang MyFundAction jalankan, kami melihat anak-anak Palestin kebanyakannya merupakan yatim piatu akibat perang yang berlaku di sana.

Kondisi kewangan yang runcing menyebabkan anak-anak ini terlalu dahagakan pendidikan tapi terpaksa diabaikan.

Kerana perut yang lapar perlu diisi adalah lebih penting untuk melangsungkan kehidupan berbanding pendidikan.



Disebabkan itulah program anak angkat ini bertujuan untuk menyediakan anak-anak yatim di Palestin dengan keperluan pendidikan seperti:

  • School trip untuk pembelajaran
  • Yuran persekolahan
  • Kos pengangkutan
  • Kos alat tulis dan buku-buku


Dengan perkongsian RM250 sebulan, anda dapat mengubah kehidupan anak Palestin yang kita harapkan agar mereka dapat mempertahankan negara mereka suatu hari nanti.

Jangan lupa, anda adalah hero sebenar mereka dalam membina negara dan bangsa melalui pendidikan yang mereka kecapi.

Semoga usaha kecil anda ini Allah angkat menjadi amalan terbaik anda.



Dengan perkongsian RM3,000 setahun untuk anak angkat anda di Palestin, anda boleh menjalinkan kasih sayang dengan mereka seperti:

  • Ibu bapa angkat mempunyai profil anak angkat mereka
  • Ibu bapa angkat berpeluang untuk menghadiri acara pemberian biasiswa secara maya
  • Ibu bapa angkat menerima laporan akademik dan maklumat terkini tentang anak yatim bagi setiap semester
  • Sijil daripada MyFundAction


Dengan menyokong projek kami, anda akan membantu kami membuat perubahan terbaik dalam kehidupan anak yatim di Palestin:

  • Memperkasakan mereka dengan pendidikan
  • Memberi mereka peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk diri mereka dan komuniti mereka

Kami berterima kasih untuk setiap sokongan yang anda berikan dan berharap kita dapat bekerjasama ke arah tujuan murni ini.

يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ ۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍۢ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌۭ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

(Surah Al-Baqarah, 2: 215) 





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090