WAKAF AL QURAN AFRIKA



Al-Quran Lusuh Bukan Alasan Anak-Anak Afrika Tidak Menuntut Ilmu


Hai orang – orang yang beriman ! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik – baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Kaya, Maha Terpuji” (Q.S Al Baqarah (2) : 267) 




Tahukah anda, anak-anak di Afrika terpaksa berkongsi senaskhah Al-Quran kerana jumlahnya yang sangat terhad. 


Al-Quran yang ada dibaca secara bergilir-gilir. Itupun cuma Al-Quran lusuh sahaja. 

Kerana jumlahnya sangat terhad, mereka terpaksa ceraikan helaian al-Quran untuk dikongsi supaya semua dapat membaca dan menghafalnya.



Kemudiannya, kalimah suci yang dibaca akan ditulis di atas papan kayu untuk tujuan kuatkan hafalan mereka.


Hebat kan jihad anak-anak ini untuk pelajari ilmu dari kalam Allah ini?


Kita boleh nampak kesungguhan mereka untuk menuntut ilmu.




Jadi, ayuh Jiwa Baik semua, kita hadiahkan Quran baru buat anak muslim Afrika dan rebut pahala berganda dengan berwakaf.

Semoga setiap bacaan mereka menjadi saham akhirat buat kita.


“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab ALLAH (al-Quran), maka baginya satu kebaikan) dan satu kebaikan itu sama dengan 10 kali lipatnya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.“ (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)



Anda boleh pilih pakej wakaf yang tertera:


Wakaf Individu -  RM50
Wakaf Ibu bapa -  RM100
Wakaf Keluarga (5 ahli keluarga) -  RM250
Kongsi rezeki pendidikan di Afrika - RM30




NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:


"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan naskah Quran buat saudara Muslim di Afrika yang dikelola oleh MyFundAction”


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Individu - RM50
Wakaf Ibu Bapa - RM100
Wakaf Keluarga (5 ahli keluarga) - RM250
Kongsi Rezeki Pendidikan di Afrika - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090