ZAHIRKAN TANDA SYUKUR DAN KASIH SAYANG

DENGAN PEK KORBAN QC4U



Dalam tak sedar, dah nak Aidiladha dah. Rasa macam baru saja lagi sambut Syawal. 

Ya betul, pada Aidiladha kita digalakkan melakukan ibadah qurban sebagai tanda kita bersyukur bagi yang mampu. 

Tetapi ada juga amalan lain yang menjanjikan ganjaran yang besar contohnya bahagiakan orang lain.



Sabda Nabi SAW; "sesungguhnya amal yang paling disukai Allah SWT setelah melaksanakan berbagai hal yang wajib adalah menggembirakan muslim yang lain".


Sebab itulah tahun ini, MyFundAction membuka peluang untuk anda buat kebaikan di samping membahagiakan insan yang memerlukan melalui kempen "Pek Qurban".



HADIAHKAN PEK QURBAN ISTIMEWA


Kempen ini merupakan salah satu inisiatif MyFundAction sejak 2019 lagi untuk memberi peluang kepada individu yang tidak mampu mengambil bahagian dalam ibadah korban, tetapi nak sangat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.





Istimewanya pek ini adalah, daging hasil dari korban yang dilaksanakan akan diproses menjadi pek siap dimakan. 


Kemudian, pek-pek ini akan diedarkan kepada keluarga asnaf, mangsa bencana dan saudara pelarian kita di luar negara.




Pek daging korban siap dimakan ini juga dapat bertahan sehingga 2 tahun TANPA PENGAWET! Malah menjadi penyelamat terutamanya ketika berlakunya bencana!






Tahun lepas saja, sebanyak 62,708 pek qurban telah diedarkan. Dan kami berharap sangat dapat edarkan lebih banyak pek qurban pada tahun ini.


Ayuh Jiwa Baik sekalian, zahirkan rasa syukur dan kasih sayang kita ini dengan hadiahkan pek qurban istimewa bersama mereka memerlukan.


Anda boleh pilih mana-mana pakej yang bersesuaian:





Tapi,sebolehnya kami nak tengok banyak keluarga yang gembira bahagia. Jadi, kami nak cadangkan untuk anda hadiahkan pakej 1 keluarga, RM150/10 pek qurban. 



Semoga usaha anda semua menjadi sebahagian daripada amal jariah kita dan insyaAllah besar sangat pahalanya untuk kita.


Hubungi nombor tertera untuk pertanyaan lanjut:


ADMIN QC4U
017-6349674 (Afiqah)

*Untuk Pakej RM50 dan keatas, anda layak untuk menerima pengurangan cukai individu/perniagaan. 





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Qurban 1 Bahagian Lembu - RM850 BELUM MULA
Pakej Individu RM30 - 2Pek
Pakej 1 Keluarga RM150 - 10Pek
Pakej 3 Keluarga RM450 - 30Pek
Pakej 10 Keluarga RM1500 - 100Pek
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090