“Sayang, perasan tak anak kita macam tak aktif?”
Azlin mula risau bila kemahiran motor Afeeya ketinggalan jauh berbanding bayi yang lain.
Tak boleh merangkak.
Tak boleh angkat kaki.
Hanya mengesot..
Rupa-rupanya, Afeeya sejak bayi ada Spinal Muscular Atrophy, SMA atau gangguan otot saraf.

Doktor kata, otot bernafas semakin lemah dan boleh menyebabkan nyawanya melayang!
Tapi, Allah masih beri peluang untuk dia membesar dengan keluarga yang dia cintai.
Namun risiko tersebut sentiasa menghantuinya.
Sekarang dia perlukan rawatan genetik SEGERA bagi menyelamatkan nyawanya!

Pesakit SMA kebiasaannya tak boleh berdiri sendiri kerana tulang belakang mereka bengkok

Selain tu, dia juga perlukan kerusi roda khas.
Tulang belakang dia sekarang bengkak kerana kerusi roda yang ada kini tidak sesuai dengan postur badannya
Azlin sama seperti ibu-ibu yang lain.
Dia nak Afeeya sihat dan membesar macam budak yang lain yang boleh berjalan, berlari.

Usha menjalani latihan fisioterapi di rumah untuk memastikan otot-ototnya bergerak
Ayuh rakyat Malaysia ! Kita doakan semoga ada rezeki Afeeya untuk menjalani rawatan genetik segera dan dapat hadiah kerusi roda daripada anda.
KOS KEPERLUAN AFEEYA: RM40,200
Kos Rawatan Genetik (RM40,000+-) RM200/bahagian
Lampin (RM3,000+-) RM50/bahagian
*Kami menyarankan anda untuk memilih 1 x Kos Rawatan Genetik RM200/bahagian supaya adik Afeeya dapat terima rawatan dengan kadar SEGERA !
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Afeeya Syifaa untuk menjayakan Tabung Rare Disease untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Afeeya Syifaa dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.