Tabung Ujian Genetik Harapan Buat Pesakit 'Rare Disease'
Kos yang tinggi dan tempoh rawatan yang panjang sering menjadi penghalang buat pesakit yang tidak berkemampuan.


Kisah Adik Adrian


Adrian Lukas, 7 tahun kini tidak boleh berjalan secara normal sejak 3 tahun akibat kelainan genetik yang menganggu saraf kaki. 

Mengakibatkan otot betisnya semakin mengecut sehingga menampakkan tulang.

Adik Adrian juga berkemungkinan lumpuh seumur hidup jika tidak dirawat segera.



Kisah Puan Satanam




Satanam Kaur, 41 tahun, merupakan seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata yang sudah tidak mampu untuk berjala akibat lemah otot.

Mengakibatkan dirinya gagal menjalankan tugas seperti ibu lain termasuklah mendukung anak-anaknya sendiri.

Lebih menyedihkan lagi apabila dua daripada anaknya turut mengalami masalah yang sama.

Harapannya semoga dia pulih kembali dan menjalankan tanggungjawabnya seperti ibu biasa.



Mengapa Ujian Genetik Penting untuk Adik Adrian & Puan Satanam?




"9%, atau 45 juta orang di Asia Tenggara menderita akibat penyakit jarang jumpa.”

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
....................

Adik Adrian dan Puan Satanam adalah antara 45 juta orang di Asia Tenggara yang menderita penyakit "Rare Disease". 

Disebabkan penyakit ini jarang dijumpai ianya sukar untuk didiagnosis, melainkan dengan ujian analisis genetik.

Ujian ini membantu memberikan diagnosis yang jelas kepada doktor sebelum membuat sebarang rawatan lanjut.

Namun kos ujian ini yang tinggi telah menghalang impian pesakit kurang berkemampuan untuk pulih lalu memaksa mereka untuk terus pasrah dalam penderitaan.




Apa Akan Terjadi Jika Lambat Mengambil Ujian Genetik?

1. Pesakit terpaksa habiskan masa & wang ringgit 
2. Rawatan atau pembedahan yang tidak bersesuaian dengan penyakit 
3. Penggunaan ubat yang tidak menjamin kesembuhan 



RM1.5 Juta Diperlukan!
Ayuh Kembalikan Harapan Mereka dengan Tabung Ujian Genetik

Tabung ujian genetik ini bertujuan bagi memudahkan pesakit-pesakit seperti adik Adrian Lukas dan Puan Satanam Kaur untuk mendapatkan rawatan yang betul berkaitan dengan genetik.


Jom #JiwaBaik, kita kembalikan harapan buat mereka yang sedang menderita.

Kita doakan semoga dengan ikhtiar ini, mereka dapat sembuh dan sihat seperti sedia kala. InshaaAllah!




Disclaimer:

1)   Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit   dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di   Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090