Wakaf Sempurnakan Pembinaan Masjid

Sabda Rasulullah SAW: 


Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


Di kawasan kita kebanyakan masjid besar dan selesa tetapi, tidak bagi penduduk di mukim Tronoh.



Masjid di Tronoh berusia 57 tahun itu, hanya mampu menampung 500 jemaah sahaja pada satu masa. Lagi pula anggaran penduduk Tronoh sudah mencecah sehingga 10,000 orang.







Jemaah yang hadir terpaksa solat di kawasan wuduk dan ada jemaah yang tak dapat tunaikan solat Jumaat kerana terlalu padat dan sempit.



Jadi, sebuah masjid baru telah dibina bagi kemudahan dan keselesaan penduduk sekitar mukim Tronoh hasil kerjasama MyFundAction dan pihak pengurusan masjid.








Masjid baru ini dijangka akan siap dibina April 2023 dan dapat memuatkan seramai 1,500 jemaah. Pastinya lebih selesa bagi penduduk setempat menunaikan agama dan melakukan aktiviti keagamaan.





Pembinaan Masjid Tronoh Bakal Siap!


Alhamdulillah detik yang dinanti semakin hampir. Pembinaan masjid baru tersebut telah mencapai 57%.


Selepas ini, lebih ramai jemaah dan kanak-kanak dapat hadir untuk solat berjemaah dan mengaji.





Namun, disebalik kemajuan positif tersebut, masih banyak lagi kos yang diperlukan sebelum masjid baru tersebut siap dibina sepenuhnya.  


JUMLAH KEPERLUAN PEMBINAAN LENGKAP : RM6,264,244.06


JUMLAH TERKUMPUL (31/12/2022): RM3,625,433.72


BAKI YANG DIPERLUKAN: RM2,638,810.34







Lantai dan dinding masjid memerlukan kos sebanyak RM400,000. Selain itu, kerja dalaman masih lagi dijalankan, cuma kos yang diperlukan belum mencukupi.



Sementara menunggu masjid baru siap dibina, masjid lama tetap boleh digunakan, tetapi jumlah jemaah yang boleh dimuatkan sangatlah terhad.












KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHMANIAH?


(1) Dewan solat yang akan diperbesar dapat memuatkan sehingga 1,500 jemaah


(2) Penyediaan fasiliti yang lebih lengkap untuk kariah masjid dan warga penduduk kampung.


(3) Sebagai tempat penyatuan penduduk Tronoh dalam melakukan segala aktiviti ibadah.


(4) Aktiviti-aktiviti seperti keagamaan dan ibadah setiap hari akan jadi lebih baik dan selesa untuk mereka.



Dengan dibinanya masjid baru ini, secara tidak langsung tuan puan akan memberi kegembiraan dan memudahkan urusan 10,000 orang penduduk di Tronoh.



Manfaatnya sangat besar. Jadi, kami membuka peluang buat tuan puan untuk beramal. Pahala berterusan menanti bagi mereka yang berwakaf.










Tuan puan...tidak lama lagi, kita akan bertemu dengan Ramadan.



Insya-Allah, dengan masjid baru ini, ibadah di bulan mulia tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seluruh penduduk Tronoh.



Tuan puan boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati:

PAKEJ A - RM500
PAKEJ B - RM200
PAKEJ C - RM100
PAKEJ D - RM50
_________________________________________________________


Ayuh kita sama-sama berganding bahu dan berwakaf bagi menjayakan projek pembangunan rumah Allah atau Masjid Ar-Rahmaniah ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan masjid baharu ini.



Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati: Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A RM500
Pakej B RM200
Pakej C RM100
Pakej D RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090