Tempah Mahligai Di Syurga Dengan Berwakaf Masjid
Sabda Rasulullah SAW:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.
[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Berita baik buat para pewakaf!
Alhamdulillah, hasil sokongan orang ramai melalui MyFundAction, Masjid Tronoh kini sudah siap 70% pembinaannya.
Selepas ini...
“ratusan ribu manusia akan menunaikan solat berjemaah,”
“Puluhan ribu kanak-kanak akan belajar mengaji,”
“Dan ada juga mereka yang akan mengenal Islam di sini.”
Selain itu, masjid baru yang mampu memuatkan 1,500 orang jemaah ini akan menyediakan kemudahan seperti:
- Bilik wuduk tertutup bagi jemaah wanita
- Mudah diakses oleh orang kurang upaya(OKU)
- Ianya mesra pelancong/pengunjung lengkap dengan (ATM, bilik persalinan lampin bayi, ‘gazebo dan banyak lagi)
JUMLAH KEPERLUAN PEMBINAAN LENGKAP : RM6,264,244.06
JUMLAH TERKUMPUL : RM3,625,433.72
BAKI YANG DIPERLUKAN: RM2,638,810.34
Sementara menunggu masjid baru siap dibina, masjid lama tetap boleh lagi digunakan, tetapi jumlah jemaah yang boleh dimuatkan sangatlah terhad, 500 orang sahaja.
Tuan puan...Ramadan hanya berbaki beberapa hari saja lagi. Ini lah masanya untuk kita rebut sebanyak mungkin pahala kebaikan.
Di bulan penuh berkah ini, jangan kita sia-siakan hari kita tanpa berbuat baik.
Ayuh kita sama-sama berganding bahu dan berwakaf bagi menjayakan projek pembangunan rumah Allah atau Masjid Ar-Rahmaniah ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan masjid baharu ini.
Hanya Allah yang mampu membalas usaha jihad anda semua ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati: Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org