
RM 50,000 diperlukan untuk pembedahan menutup lubang dan juga besarkan saluran darah ke paru-paru adik Ahza

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan paling sesuai bagi Nor Laila Alias selepas mendapati anak keenamnya, Awangku Fathi Ahza, 3 atau mesra disapa Ahza
menderita jantung berlubang
.
Bagi Nor Laila dari Lawas, Sarawak, hidup perlu diteruskan dan harus kuat menempuh cabaran yang datang terutama demi kelangsungan hidup keluarganya.
Menceritakan semula detik-detik hitamnya, adik Ahza
sering penat
apabila berjalan dan berlari. Kadang-kadang,
badan dan mukanya juga membiru!
"Penat dia tu bukan macam budak normal. Jalan sikit pun dia dah penat," luah Laila.

Menurutnya,
anak ketiga
daripada 7 orang anaknya, Dayangku Nur Rifqah, 12
juga menghidap penyakit jantung berlubang
sejak lahir dan sudah pun membuat pembedahan ketika berusia 3 tahun.
Kali ini, adik Ahza pula memerlukan
RM50,000
bagi menampung kos pembedahan yang perlu dilakukan secepat mungkin.
Namun, Laila yang hanya seorang suri rumah dan suaminya pembantu stor tak mampu tanggung kos pembedahan adik Ahza. Dengan 5 anaknya yang masih bersekolah, sudah tentu
kos pembedahan adik Ahza cukup berat
bagi mereka.
"Saya tak boleh kerja sebab ada dua orang anak saya sakit jantung. Mereka memang perlukan perhatian sepenuhnya. Kalau terlepas pandang, nanti akan terjadi sesuatu," cerita Laila.
"Saya menangis malam-malam bila tengok anak-anak tidur. Sayu tengok muka mereka yang sakit," sebak Laila.
Jom warga jiwa baik!
Kita bantu adik Ahza dapat menjalani pembedahan segera nak? Sekurang-kurangnya, dapat juga dia membesar dan hidup lebih lama disamping keluarga tercinta.
Tabung MyHeart
RM500
Tabung MyHeart
RM200
Tabung MyHeart
RM100
Tabung MyHeart
RM50
Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap keluarga ini.