[KETABAHAN SEORANG WANITA DERITA SAKIT JANTUNG, CEKAL BESARKAN 2 ANAK TANPA SUAMI]

“Orang sekeliling yang tak rasa sakit saya ni, mereka anggap saya seperti buat-buat sakit. Kalaulah mereka berada di tempat saya, mereka takkan macam tu.”
Kak Erni telah disahkan sakit jantung pada tahun 2010 semasa mengandung anak kedua dan telah dapatkan rawatan.
Beliau terpaksa koma selama 15 hari dan kandungan terpaksa dibedah kerana kak Erni tiada kekuatan untuk melahirkan secara normal.
Selepas 8 bulan, kak Erni tiba-tiba diserang sakit jantung. Doktor mengesahkan 2 injap jantung kak Erni telah rosak dan beliau mula dibedah pada tahun 2010.
SAKIT LAMA KEMBALI SEMULA !
Pada awal tahun 2022, kak Erni sekali lagi diserang sakit jantung dan injap yang dibedah dahulu mengalami masalah.
Doktor sarankan untuk kak Erni jalani pembedahan membaiki kedua injap tersebut.

Kos pembedahan dan rawatan beliau memakan sebanyak RM33,000.
Buntu mencari kos pembiayaan yang tinggi sedangkan beliau tidak mampu untuk bekerja dan menanggung keperluan anak-anak.
TIADA SUMBER PENDAPATAN
Sebelum kematian suami kak Erni terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga arwah suami yang sakit.
Kini beliau pula yang mengalami sakit jantung yang membuatkan dia rasa sesak nafas dan batuk berterusan.
Dengan keadaan kak Erni yang tak bekerja dan sakit, anak-anak masih bersekolah, dari mana dia nak dapatkan duit sebanyak tu?
Jom warga jiwa baik!
Kita bantu kurangkan beban yang Erni tanggung boleh?

Kos Pembedahan
(RM30,000+-) RM250/bahagian
Susu Khas
(RM2,700+-) RM100/unit
Peralatan Perubatan
(RM300+-) RM50/bahagian
Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap ibu tunggal ini.