
[Baru berusia 10 dan 13 tahun namun harus bergantung rawatan insulin SEUMUR HDUP]
Siapa sangka disebalik senyuman 2 wajah kanak-kanak yang tenang ini rupa-rupanya sedang menanggung derita.
Menghidap penyakit kencing manis walaupun masih di usia muda.
"Dr hanya memaklumkan bahawa tiada rawatan lain yang dapat dilakukan kecuali dengan hanya bergantung kepada rawatan insulin sahaja"

Amaliadamia 13 tahun
Adik Auni Batrisya didiagnos ada penyakit kencing manis sejak di usia 8 tahun selepas dilihat sering keletihan oleh ayahnya.
Lalu, keluarganya mengambil keputusan untuk bawa adik Auni ke HUSM.
“Doktor beritahu Auni pun ada kencing manis macam kakak dia, Amalia,"
Besar sungguh dugaan seorang bapa ni. Bukan diuji dengan seorang anak yang sakit tapi dua orang sekali!

Auni Batrisya 10 tahun
Pengambilan insulin hari-hari bagaikan sudah menjadi rutin harian dua beradik ini.
Sebelum ke sekolah, mereka akan cucuk insulin dan perlu jaga pemakanan supaya tahap kesihatan mereka baik.
Jika tidak cucuk Insulin badan mereka akan menjadi lemah.
“Doktor sarankan, Auni dan Amalia ni kena check darah 3 kali sehari. Saya terpaksa hadkan 1 kali sehari saja. Saya ni kerja kampung je dan kadang tak mampu."
-En Faizal (bapa)

Sudahlah kerja yang tak tentu pendapatannya berapa sebulan, kos rawatan pula sangat tinggi.
Kos rawatan mereka dua beradik bukan sedikit tapi banyak! RM 10,000 bukan satu jumlah yang kecil untuk keluarga yang kurang berkemampuan seperti mereka ini.
Nak tampung kos rawatan, kos tin susu, kos strip untuk check darah, semua tu perlukan duit.
Angaran kos diperlukan setahun :

Jom warga jiwa baik!
Adik Auni dan Amalia perlukan sokongan dari kita semua untuk teruskan hidup
Pilih pakej di bawah ;
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap dua beradik ini.
Setiap nilai yang dikongsikan oleh anda sangat bermakna buat mereka