Mula-mula ingatkan kena sawan, tak sangka ini yang terjadi..!
Sukar digambarkan bagaimana perasaan seorang ibu, Suhaila menjaga anaknya yang menderita penyakit kronik.
Muhammad Amsyar Rifky, 4 tahun dari dalam kandungan lagi mengalami lebihan cecair dalam otak atau Hydrocephalus.
"Pada awalnya, saya dan suami risau bila tengok kepala Amsyar semakin membesar sehingga 52 sentimeter," kata Suhaila.
Disebabkan itu, doktor buat prosedur shunt bagi mengelakkan kepalanya semakin membesar.
Namun kata Suhaila, walaupun kepala Amsyar sudah berhenti membesar, sekarang dia kerap kena sawan.
Tak cukup dengan tu, Amsyar tak boleh angkat kepala langsung dan hanya terlantar saja sebab kepalanya berat.
Kedudukan bola mata Amsyar juga tidak normal.
Seakan-akan terbeliak dan bergerak laju ke kiri dan kanan.
Kos keperluan Amsyar tinggi sebenarnya, RM10,500!
Suami Suhaila hanya bekerja sebagai pembancuh air di kedai makan saja dan dia pula suri rumah.
Walaupun Suhaila teringin bekerja, tapi dia terpaksa korbankan sebab Amsyar perlu dipantau 24 jam setiap masa.
Hanya berbekalkan ubat sawan, antibiotik dan vitamin, Suhaila yakin dengan keajaiban Allah bulan Ramadan ni.
Suhaila tak putus berdoa semoga ada jiwa baik yang boleh meringankan beban dia sekeluarga.

Doktor ada cakap peluang untuk Amsyar membesar normal agak tipis.
Tapi tak salahkan, kita gembirakan Amsyar lagi-lagi bulan Ramadan ni?
Amsyar pun ada kata, dia dah lama nak sambut Ramadan kat rumah bukan di hospital.
KOS KEPERLUAN AMSYAR:
Stroller Khas (RM5,500+-) RM250/bahagian
Lampin (RM2,200+-) RM100/beg
Kos Rawatan (RM1,300+-) RM50/bahagian
Susu Khas (RM1,500+-) RM30/tin
“Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Keperluan urgent buat Amsyar sekarang ni adalah kos rawatan dan juga stroller khas untuk tampung kepala dia.
Semoga tahun ini menjadi Ramadan yang lebih istimewa buat Amsyar sekeluarga asbab kebaikan anda semua
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Amsyar untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Amsyar dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook@MyHeartVolunteers