[IBADAH QURBAN ADALAH IBADAH YANG PALING DISUKAI OLEH ALLAH]
MENGAPA KITA DITUNTUT MENYERTAI IBADAH KORBAN?
Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda;
“Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan manusia pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih Haiwan Qurban.
Sesungguhnya Haiwan Qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Dan sesungguhnya sebelum darah Qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Qurban itu.”
(HR Tirmidzi)
Qurban adalah satu ibadah yang sangat dituntut pelaksanaannya dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan. Ibadah ini dilaksanakan pada Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Daging qurban ini juga akan diagihkan kepada asnaf yang memerlukan dan bencana.
APAKAH KEUNIKAN PROGRAM QURBAN CARE FOR UMMAH BERSAMA MYFUNDACTION ?
- Qurban Care For Ummah (QC4U) adalah satu program qurban di bawah kelolaan MyFundAction.
- Kesemua daging lembu yang dikorbankan akan diproses, dimasak dan dibungkuskan dalam bentuk pek makanan siap dimakan atau lebih dikenali sebagai Qurban Pack.
- Anggaran 1 bahagian korban boleh menghasilkan sehingga 75 pek bergantung kepada berat daging.
- Setelah siap, kami akan salurkan Qurban Pack ini kepada asnaf yang memerlukan dan bencana alam di Malaysia seperti banjir yang melanda setiap kali berlaku perubahan angin monsun.
- Setiap peserta akan menerima 15 pek qurban, sijil penyertaan beserta video qurban.
MAAF TAHUN INI KAMI HANYA MAMPU BUKA PENYERTAAN UNTUK 200 EKOR LEMBU SAHAJA
Pada tahun ini, kami buka terhad kepada 200 ekor lembu saja.
Ini bermakna, hanya 1,400 bahagian lembu saja akan dibuka untuk anda rebut peluang korban yang datang setahun sekali ini
Tarikh pendaftaran akhir akan ditutup pada: 30 JUN 2021
[PILIH BAHAGIAN IBADAH KORBAN ANDA]
Untuk menyertai ibadah korban melalui program QC4U, anda boleh pilih pakej seperti di bawah:
✅ 1 BAHAGIAN LEMBU: RM 650
✅ 1 EKOR LEMBU : RM 4,550
'SAYA DAH AMBIL BAHAGIAN QURBAN TAHUN INI, BOLEH TERANGKAN MENGENAI QURBAN PACK?'
MyFundAction telah mengambil inisiatif lain dengan menghasilkan inovasi terhadap daging qurban, yang diberi nama Qurban Pack. Ianya merupakan makanan sedia dimakan yang dihasilkan daripada daging korban serta mampu bertahan selama dua tahun.
Qurban Pack merupakan alternatif lain supaya bekalan makanan yang segera dan berterusan dapat disediakan. Terutama, untuk diberi kepada asnaf yang memerlukan, ketika bencana berlaku dan sebagai makanan segera buat petugas barisan hadapan.
Oleh itu, MyFundAction ingin mengajak anda untuk turut bersama dalam menaja kos penyediaan Qurban Pack yang akan diedarkan buat asnaf, mangsa bencana serta mereka yang memerlukan.
InsyaAllah dengan rezeki yang anda kongsikan ini, semoga Allah terima ibadah korban kita pada tahun ini.
Seperti mana yang disebut dalam hadith riwayat HR. Ahmad dan Ibnu Majah:
"Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan."
Bagi anda yang masih belum melaksanakan ibadah korban, laksanakanlah walaupun hanya sekali. Dengan pelaksanaan ibadah korban ini, Allah SWT akan membuka lebih banyak pintu rezeki buat kita.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah
CIK SHAHIDA
016-234 1090