BAYI 3 BULAN DERITA JANGKITAN PARU-PARU, PERNAFASAN TERSUMBAT DAN TIDAK BOLEH MINUM SUSU BADAN

Bermula dengan hanya patah tulang rusuk bahu kanan, doktor dapat detect 3 lagi jenis penyakit lain yang terpaksa ditanggung, Muhammad Adha Mikhael, 3 bulan.
Noor Diana, 35 ceritakan kepada kami, sepanjang Adha dalam kandungan, doktor tak ada jumpa sebarang kecacatan dan Adha dilahirkan secara czer dengan berat melebihi 3kg.
Tapi selepas Adha dilahirkan, dia terpaksa ditahan di NICU selama 7 hari dan selama tempoh tersebut, doktor kata paru-paru Adha ada jangkitan kuman.

Semasa doktor check keadaan Adha, dia tak berhenti menangis! Muka dan seluruh badan dia dah biru!
"Saya ingat itu perkara biasa untuk bayi yang baru keluar dari NICU rupanya doktor kata, anak saya ada penyakit jantung berlubang pulak," sebak Diana sambil bercerita.
Selepas doktor buat full checkup, doktor kata ada cecair dalam paru-paru Adha dan terus memasukkan antibiotik selama 7 hari tapi tak berkesan!
Selepas 14 hari, keadaan Adha masih lagi tiada sebarang perubahan...
Alternatif daripada doktor sekarang katanya adalah dengan tebuk paru-paru Adha untuk keluarkan cecair tersebut.
Diana cerita, susu badan dia banyak sangat tapi Adha tak boleh minum sebab ada lemak dalam susu badan. Doktor kata lemak tu nanti buatkan pernafasan Adha tersumbat
"Sebab tu dia perlukan susu khas tapi mahal sangat susu tu. 1 tin saja dah RM150 dan hanya bertahan 1 hari saja. Itu belum masuk lagi dengan kos pembedahan paru-paru dia," Diana bercakap dengan nada perlahan.
Kita boleh selamatkan Adha!
Adha terlalu menderita! Bayangkan tubuh kecil ini terpaksa tanggung jangkitan paru-paru, jantung berlubang, pernafasan tersumbat, tak boleh minum susu badan.

Adha perlukan RM31,800 untuk dia terus hidup!
Kos Pembedahan Paru-Paru
(RM3,500+-) RM250/bahagian
Susu Khas
(RM2,700+-) RM150/tin
Lampin
(RM1,300+-) RM50/beg
Disclaimer: Kami mencadangkan untuk anda pilih 2 x Susu Khas RM150/tin bagi mengelakkan saluran nafas Adha tersumbat lagi!
Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap keluarga ini.