

KENALKAN ISLAM DI NEGARA TERBIT MATAHARI DENGAN AL QURAN TERJEMAHAN DALAM BAHASA JEPUN
Duka cita juga apabila ramai mualaf
di sana mula murtad serta berputus asa
dengan Islam kerana tiada bimbingan yang
dekat serta tenaga pengajar juga belum ramai.
Jika dilihat pada statistik agama di Jepun, sebanyak 54.1 peratus
menganut agama Shinto, 40.5 peratus beragama Buddha, 0.7 peratus beragama
Kristian dan 4.7 peratus agama minoriti
lain seperti Taoisme, Islam, Yahudi dan lain-lain.
Sedia maklum juga bahawa menjadi
cabaran yang agak besar untuk mereka belajar dan mendekati Islam melalui
rujukan buku Islam dan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris, apatah lagi
berkomunikasi dalam Bahasa dunia ini. Selain daripada itu, Al-Quran yang disediakan di Jepun juga adalah sepenuhnya di dalam Bahasa Jepun (tiada Bahasa Arab) dengan harga mencecah hampir RM200 senaskhah!
Bukan semua orang mampu untuk
membeli Al-Quran terjemahan tersebut.

Justeru, kami daripada MyFundAction mengambil tanggungjawab ini untuk melebarkan amanah dakwah Islam di sana, dengan menyediakan kemudahan serta kit-kit (Hikari Box) untuk permulaan bergelar sebagai seorang Muslim, sekaligus mempersiapkan pasukan untuk membimbing mereka secara dekat agar dapat terus istiqomah seterusnya menjadi Muslim yang terbaik di bumi matahari terbit.

PELUANG WAKAF HIKARI BOX BUAT BEKALAN ROHANI MUSLIM JEPUN
Fokus kempen ini adalah untuk
mengagihkan sebanyak mungkin naskah Al-Quran kepada masyarakat Jepun bagi
menyebarkan lagi dakwah Islam seluasnya di bumi tersebut seterusnya
memperkenalkan indahnya Islam dan hidayah kepada mereka, dan set Hikari Box
buat mualaf yang telah bersyahadah sekitar 4 buah masjid yang didirikan oleh
masyarakat Muslim disana.
Hikari Box mengandungi :
✔️ Senaskhah Al-Quran Terjemahan Arab-Jepun
✔️ Sejadah
✔️ Telekung
✔️ Tasbih Digital
✔️ Buku Bimbingan
Tentang Islam
Untuk membuka peluang kepada anda
dalam misi dakwah ini, kami turut membuka peluang untuk anda berwakaf pengagihan Hikari Box ini dengan
serendah RM 30/bahagian.
Sasaran
kesuluruhan kami untuk projek ini
adalah sebanyak 1,136 kotak Hikari Box,
bersamaan 6,667 slot wakaf sahaja.
Niatkanlah
wakaf anda atas nama:
·
Ibu bapa tercinta yang
masih hidup mahupun telah meninggal dunia
·
Keluarga: Isteri, anak, adik
beradik
·
Kenalan: Mereka yang kita berhutang
tetapi terputus hubungan, mereka yang pernah berbuat baik sebagai membalas
jasa.
Semoga wakaf ini menjadi pembela untuk kita ke
syurga di akhirat kelak.
Berikut adalah merupakan pakej yang disediakan :
Untuk transaksi wakaf secara manual / transfer
/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan
Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No Akaun : 5505 1097 0248
p/s : Sila letakkan reference “ Hikari Box “