Misi Kecemasan Bencana Banjir 2024


Banjir 2024 Dijangka Lebih Teruk!
Siap Siaga Misi Kecemasan Banjir 2024
Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah telah pun bermula. Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran siap siaga banjir yang dijangka berterusan sehingga awal Januari.
Seperti tahun-tahun yang lalu, MyFundAction tetap komited untuk menjadi ‘frontliners’ dalam sama-sama membantu menjadi pemudah cara dan menghulurkan bantuan buat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana. Tahun-tahun sebelum ini, mangsa banjir di Terengganu & Kelantan mencecah lebih 70,000 individu. Dan hampir separuh daripada angka ini terdiri daripada kanak-kanak, warga emas & orang kelainan upaya.

Pihak MyFundACtion CDA-ERT bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah memulakan misi banjir di sekitar Selangor, Perak dan Pahang mulai Oktober yang lalu. Misi seterusnya menuju ke Kelantan yang merekodkan jumlah mangsa bencana yang paling tinggi.

Antara pakej bantuan yang akan diedarkan adalah:
- Pek makanan sedia dimakan
- Kit Kebersihan
- MyFunKit khas untuk kanak-kanak
- Kit Makanan Asas