Rezeki Ummat: Rezeki buat saudara se-Islam kita
Rohingya Education Garden mula ditubuhkan pada tahun 2018 dengan jumlah pelajar seramai 25 orang. Setiap tahun, permintaan bagi kelas bagi anak-anak Pelarian Rohingya semakin meningkat.
Pada tahun 2020, jumlah pelajar di REG adalah sebanyak 45 orang. Itu adalah jumlah pelajar maksima yang mereka boleh tampung kerana masalah kekurangan kos untuk menggajikan guru dan pengurusan sekolah.
Yuran persekolahan ditetapkan oleh pihak REG adalah sebanyak RM50 sahaja merangkumi kos pembelajaran, penjagaan dan makan minum pelajar.
Namun, hanya 10 orang pelajar sahaja yang mampu untuk membayar yuran persekolahan tersebut.
Manakala selebihnya pihak REG cuba mengusahakan dana agar anak-anak tetap mendapat peluang pendidikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mampu.
Anak-anak ini semua celik Al-Quran dan ada yang sedang menghafaz, pihak asrama tidak mampu untuk membiayai anak-anak ini kerana mereka tidak bayar yuran dan ibu bapa mereka tidak diterima bekerja atas status terkini.
Keinginan untuk menimba ilmu sangat tinggi dalam diri anak-anak ini. Tidak juga dinafikan bahawa prestasi mereka dalam pembacaan Al-Quran adalah sangat baik dan lancar.
Bagaimana Ingin Beri Sokongan Untuk Agihan Rezeki Ummat ni?
Pusat Rohingya Education Garden memerlukan sokongan daripada segi pembiayaian keperluan untuk pendidikan agama Islam dan keperluan asas sebagai seorang pelajar.
Kemudian, mereka juga memerlukan sebuah van yang terpakai untuk memudahkan mereka bergerak daripada rumah ke REG dan juga ke surau untuk menunaikan solat berjemaah.
Kami daripada MyFundAction menyasarkan kutipan sebanyak RM35,200 secara berperingkat dan kutipan sudah dibuat sejak September yang lalu dan akan berakhir pada Januari tahun hadapan.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
.
“Dikatakan: Wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah SAW bersabda: Mukmin yang berjihad pada jalan Allah dengan nyawa dan hartanya.”
Riwayat al-Bukhari (2786)