[#SAHAM AKHIRAT] BERKONGSI REZEKI DENGAN APA YANG KITA ADA
![[#SAHAM AKHIRAT] BERKONGSI REZEKI DENGAN APA YANG KITA ADA [#SAHAM AKHIRAT] BERKONGSI REZEKI DENGAN APA YANG KITA ADA](https://mfa.myfundaction.org.my/media/forms/153-im-kecemasan-covid-1603172772.jpg)
ANTARA KISAH BENAR YANG SUKARELAWAN KAMI KONGSIKAN SEWAKTU MEMBUAT SERAHAN BANTUAN KOTAK REZEKI UMMAT
Masing-masing cuba mengurangkan perbelanjaan kerana fokus sekarang lebih menumpukan kepada meneruskan hidup dalam keadaan yang perit ini.
Jika kita masih boleh makan dan ada makanan lebih. Mereka terpaksa mencatu makanan yang ada. Anak-anak diberi keutamaan jika ada makanan lebih.
Tidak mudah untuk terus bertahan, tapi itulah pilihan yang mereka ada. Semoga pemberian kotak Rezeki Ummat ini menjadi antara asbab untuk mereka meneruskan kehidupan.
Ini antara keadaan tempat tinggal asnaf yang kami jumpa dan hulurkan bantuan kotak Rezeki Ummat ini. Alangkah bersyukur dan gembiranya mereka tatkala menerima kotak Rezeki Ummat yang mengandungi barang keperluan asas untuk kegunaan seisi keluarga.
BAGAIMANA PROJEK REZEKI UMMAT DIJALANKAN?
Dengan serendah RM135/sekotak Rezeki Ummat, anda boleh memilih mana-mana pakej bantuan di ruangan bawah. Kami dari MyFundAction akan wakilkan anda untuk sampaikan dan salurkan kotak Rezeki Ummat kepada golongan yang sangat memerlukan di seluruh Malaysia.
Kami meyasarkan sebanyak 2,000 kotak Rezeki Ummat diagihkan setiap bulan bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik seperti kita.
BAGAIMANA INGIN SERTAI PROJEK REZEKI UMMAT INI?
Jom kita bantu rakyat Malaysia yang sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.