[#SAHAM AKHIRAT] “MASIHKAH KITA MAMPU TIDUR LENA DISAAT SAUDARA KITA DI SYRIA TIDUR DALAM KESEJUKKAN

[#SAHAM AKHIRAT] “MASIHKAH KITA MAMPU TIDUR LENA DISAAT SAUDARA KITA DI SYRIA TIDUR DALAM KESEJUKKAN

HAKIKAT KEHIDUPAN SAUDARA MUSLIM KITA DI SYRIA


S: Apakah impian Aidilfitri awak si comel?


J: Saya mahu berjumpa ayah.


S: Di manakah ayah awak?


J: Dia sudah meninggal dunia!


Itu jawapan seorang kanak-kanak perempuan Syria kepada petugas Spotlight Humanity apabila ditanya impiannya pada Aidilfitri kali ini. Di wajahnya terpapar pengharapan yang dia sendiri tahu tidak akan menjadi kenyataan. Namun, hanya impian itu mampu menghilangkan penderitaan ditanggungnya selama ini.


Klip video itu dimuat naik di laman Facebook Spotlight Humanity, iaitu pasukan media dan kemanusiaan bertugas di zon perang, pada akhir Ramadan lalu. Ia dikongsi menerusi media sosial ke seluruh dunia, termasuk Malaysia, menjelang Syawal .



Kita di Malaysia masih nyenyak tidur lena dengan berbumbungkan atas dan lantai. Tetapi di Syria, apa yang mereka mahukan adalah khemah lebih baik dan berharap pesawat perang Syria tidak lagi muncul dan mengebom mereka. Mereka ingin pulang ke kampung halaman dan kembali menikmati kehidupan yang aman.


Itulah impian utama kanak-kanak Syria setiap kali menjelangnya Aidilfitri selepas hampir lapan tahun negara mereka terjerumus dalam peperangan. Ia menghancurkan negara disifatkan antara terindah di Asia Barat dan mendatangkan kesengsaraan kepada rakyatnya, khususnya kanak-kanak.









PELARIAN KANAK-KANAK SYRIA KUTIP SAMPAH UNTUK MEMBELI ROTI


Kanak-kanak di Syria sanggup bekerja dan mengais timbunan sampah dengan harapan mencari barangan lusuh untuk dijual bagi membeli makanan.  

 

Dengan menggunakan batang besi bercangkuk, beliau mencucuk ke dalam timbunan sampah berbau busuk dari rumah-rumah di kampung Kafr Lusin, mencari plastik untuk dijual dan mendapatkan beberapa dolar bagi menampung 11 ahli keluarganya.


Bapa beliau sakit, ibunya dibebani terlalu banyak kerja rumah dan abangnya cedera. Beliau dan tiga orang adik terpaksa mencari nafkah untuk keluarga.Daripada tiga juta penduduk di sekeliling Idlib, kira-kira separuh daripada mereka pelarian yang kehilangan tempat tinggal di bahagian lain negara yang dilanda perang itu.


Menurut Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, kira-kira 6.5 juta orang gagal memenuhi keperluan makanan di Syria dengan kebanyakan menjadi pelarian dalam negara akibat perang.   







KENAPA PERLU BANTU SAUDARA KITA DI SYRIA?


Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)


SYRIA kini semakin menjadi perhatian dunia. Pertumpahan darah berlaku setiap hari, nyawa mereka yang tidak berdosa menjadi taruhan.  


Menurut info PBB, pada awal tahun 2017, hampir setengah juta rakyat Syria bergelar pelarian di luar negara mereka, berusaha balik semula ke tanah air mereka dengan bertujuan untuk kembali kepangkuan kaum keluarga dan harta warisan yang mereka terpaksa tinggalkan sebelum ini.


Dalam masa yang sama penghijrahan rakyat Syria untuk keluar dari negara mereka juga terus berlaku walaupun kebahagiaan dan keselamatan belum terjamin buat mereka. Kezaliman demi kezaliman terus berlaku kepada masyarakat awam.




APAKAH YANG MYFUNDACTION SEDANG USAHAKAN UNTUK MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA SYRIA?


Dengan serendah RM50, anda mampu membantu pelarian kanak-kanak di Syria. Anda boleh memilih mana-mana kategori dan pakej yang anda ingin bantu. Kami dari MyFundAction akan wakilkan anda untuk sampaikan bantuan tersebut ke Syria. Terdapat beberapa kem pelarian yang terlibat iaitu Jarablus, Idlib (Harim, Kafr, Aruq) dan Afrin (IDP).


1 juta pelarian di Selatan Idlib dilaporkan oleh UNHCR antara Disember 2019 hingga Februari 2020.  


Alhamdulillah, berkat sokongan dan sumbangan oleh rakyat Malaysia, MyFundAction (YDKMM) telah berjaya menyalurkan bantuan sebanyak melalui misi Winter Mission Syria 2.0 pada Januari 2020. Dan InShaAllah, tahun ini kami akan teruskan misi Winter Mission Syria 3.0.



SASARAN DAN JUMLAH  YANG DIPERLUKAN?


Antara misi dan kempen yang akan kami teruskan dan laksanakan dengan kerjasama rakan-rakan NGO di Syria (HAYRAT YARDIM, IHH) :


1. Shelter - [Penempatan : RM350 / lot atau RM7000 / unit]


- Membina rumah perlindungan / shelter yang lebih selesa dan dapat elak daripada cuaca sejuk untuk pelarian-pelarian Syria.

- Sasaran pembinaan Shelter : 574 unit (RM 4 Juta)


2. Food Basket - [Tajaan Kilang Roti : RM300 / set]


- Membantu operasi kilang roti serta bekalan tepung untuk 120,000 keping roti sehari untuk pelarian Syria.

- Bantuan asas makanan untuk kegunaan selama dua minggu (minima).

- Dengan kerjasama IHH dan HAYRAT YARDIM (rakan NGO di Turkey).

- Sasaran tajaan tepung : 3000 unit (RM 1 Juta)



3. Box of Happiness - [Pakaian Musim Sejuk : RM150 / set]


- Set pakaian baju sejuk untuk pelarian-pelarian Syria.

- Sasaran pakaian musim sejuk : 6700 unit (RM 1 Juta)







4. Heater - [Alat Pemanas dan bahan bakar : RM300 / set]


- Bantuan set alat pemanas dan bahan bakar (petrol, minyak tanah) untuk menghangatkan mereka.


- Sasaran pembinaan Shelter : 3350 unit (RM 1 Juta)




BAGAIMANA INGIN BANTU?


Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:

SYRIA WINTER MISSION 3.0 RM 1,000

SYRIA WINTER MISSION 3.0 RM 100

SYRIA WINTER MISSION 3.0 RM 50

SYRIA WINTER MISSION 3.0 RM 10


Berikut merupakan bantuan yang akan di hantar kepada mereka

Shelter atau penempatan

Food Basket  

Box of Happiness  

Alat pemanas dan bahan bakar





Jom kita bantu saudara Islam kita di Syria. Kami amat mengharapkan sokongan dan kerjasama dari anda   semua untuk terus menyumbang melalui tabung #WinterMissionSyria3.0 ini walaupun dengan jumlah yang sedikit. InsyaAllah, sedikit yang disertai dengan keikhlasan akan mengundang keberkatan yang berterusan. Mohon disebarkan info ini seluas mungkin melalui sosial media (Facebook, Whats App, Instagram) dan seumpamanya agar kempen membantu saudara-saudara Syria ini mendapat sokongan dan sumbangan yang maksima.



Ayuh teruskan berdoa memohon kesejahteraan dan perlindungan dari Allah SWT buat saudara-saudara Islam kita di Syria, Palestine, Yemen, Rohingya, Uyghur dan di serata pelusuk dunia. Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya dan saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Syria Winter Mission 3.0 - RM1000
Syria Winter Mission 3.0 - RM100
Syria Winter Mission 3.0 - RM50
Syria Winter Mission 3.0 - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN