“Golongan miskin bukan untuk dipinggirkan tetapi untuk diberi perhatian…”
Hakikat hari ini...ada keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut, diuji dengan kemiskinan hidup…
Rezeki Ummat: Ramai yang memerlukannya
Di saat gelombang ketiga Covid-19 sedang melanda ini, kami menerima banyak laporan & panggilan terutama di MyFundAction cawangan Perak daripada asnaf yang memerlukan bantuan keperluan asas terutamanya makanan.
Pelbagai cerita dan situasi yang telah kami lalui semasa pengagihan dilakukan. Ada yang hilang pekerjaan, tiada susu untuk anak-anak, tiada wang untuk membeli makanan dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah, pasukan MyFundAction berkesempatan menyantuni 30 buah keluarga yang terdiri daripada masyarakat India di sekitar Kampar pada Deepavali yang lalu.
Di sebalik riak wajah mereka, ada penderitaan yang ditanggung demi meneruskan hidup. Ada insan yang hilang nikmat tangan sebagai anggota lalu sukar mencari kerja.
Sejak awal November yang lalu, sebanyak 1663 buah kotak Rezeki Ummat telah diedarkan ke seluruh negara.
Setiap 1 kotak Rezeki Ummat ini mengandungi barangan seperti beras, telur, biskut, minyak masak, lampin (bagi yang ada anak kecil) dan macam-macam lagi.
Anggaran kos bagi membantu satu keluarga adalah sebanyak RM135/Kotak.
Bagaimana Ingin Beri Sokongan Untuk Agihan Rezeki Ummat ni?
Mulakan hajat dengan menyokong Program Rezeki Ummat dengan kerjasama daripada MyFundAction dalam usaha untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan sekitar negeri Perak.
Kita tidak akan termampu untuk beri kepada semua, namun usaha ini bakal meringankan beban segilintir dari mereka yang memerlukan.
✅ REZEKI 1 KELUARGA - RM 135 (1 keluarga)
✅ REZEKI 3 KELUARGA - RM 405 (3 keluarga)
✅ REZEKI 6 KELUARGA - RM 810 (6 keluarga)
✅ REZEKI UMMAT – UMUM (Seikhlas Hati)
Dari Abu Hurairah RA, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
.
“Dikatakan: Wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah SAW bersabda: Mukmin yang berjihad pada jalan Allah dengan nyawa dan hartanya.”
Riwayat al-Bukhari (2786)