Wakaf Pembinaan Empangan Tangki Air Dan Sistem Perpaipan Kampung Sungai Rengat, Gerik, Perak

Wakaf Pembinaan Empangan Tangki Air Dan Sistem Perpaipan Kampung Sungai Rengat, Gerik, Perak

Perlaburan Yang Kekal Adalah Pelaburan Akhirat.

 Ambil Peluang Berwaqaf Jana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat 

Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kamu


MINIMA RM50 TEMPAH SATU NAMA BINA EMPANGAN, TANGKI AIR DAN SISTEM PERPAIPAN.


" Perumpamaan orang - orang yang menderma (sedeqah) harta bendanya di jalan Allah, seperti ( orang yang menanam ) sebijih benih  yang menumbuhkan 7 untai dan tiap - tiap untai dapat 100 biji dan Allah melipat kali gandakan ( balasan ) kepada orang yang berkehendaki , dan Allah  Luas ( anugerahNya ) Lagi Maha Mengetahui " 

- Surah Al - Baqarah : 261




Kempen ini adalah bertujuan untuk membina empangan kecil, tangki air dan sistem perpaipan di Kampung Sungai Rengat. Sumber air utama mereka hanyalah daripada sungai yang tidak jauh dari kediaman masing-masing. 


Air minum, kegunaan masak, mandi dan basuh kain semuanya ambil dari sumber yang sama. Oleh kerana tiada sistem perpaipan lagi, mereka perlu ambil dan simpan air dengan baldi, bawa pulang ke rumah setiap hari.




Sejak setahun yang lalu, penduduk Orang Asli di kampung tersebut tidak dapat memperolehi air yang bersih sejak projek pembalakan dijalankan. Sungai tercemar dan berkeruh. Jika hal demikian berlaku, penduduk kampung perlu menunggu 2 ke 3 hari untuk air keruh hilang.


Pada masa sekarang ini, penduduk kampung terpaksa mengambil air dari sungai yang kotor untuk digunakan dan situasi ini membahayakan apabila mereka perlu menggunakan air pada waktu malam kerana tiada sumber cahaya yang boleh digunakan untuk melihat keadaan sekeliling atau haiwan-haiwan liar seperti ular dan sebagainya.




Kami daripada MyFundAction berharap agar dengan adanya empangan, tangki air dan sistem perpaipan yang baik, penduduk kampung tidak perlu lagi menadah air sungai seperti sekarang.


Anggaran pembelanjaan untuk projek pembinaan ini hanyalah RM25,000 sahaja. Dengan adanya sistem tangki air yang bakal dibina ini akan memudahkan penduduk kampung Sungai Rengat dalam urusan harian mereka.

Sebuah tangki yang boleh menampung lebih kurang 1,500L air bersih. Beberapa paip air akan disambung dari tangki air dan dipasang di hadapan beberapa buah rumah. 1 paip akan dipasang untuk kegunaan 3-4 buah rumah.







KENAPA PERLU SOKONG PROJEK PEMBINAAN EMPANGAN, TANGKI AIR DAN SISTEM PERPAIPAN INI?


(1) Empangan :Menapis air yang bersih dari sungai yang keruh dan tercemar.


(2) Tangki air : 1 tangki air akan menampung lebih kurang 1,500 liter air bersih, akan digunakan oleh 3 ke 4 buah rumah. Memudahkan air bersih disimpan.


(3) Sistem perpaipan : Bekalan air akan disalurkan dari tangki air ke rumah penduduk kampung. Memudahkan pengambilan air daripada perlu berulang-alik ke sungai.




SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?


Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM25,000 bagi membiayai pembinaan empangan, tangki air dan system perpaipan yang baik.




BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?


Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:

WAKAF TANGKI AIR – RM500
WAKAF TANGKI AIR – RM200
WAKAF TANGKI AIR – RM100
WAKAF TANGKI AIR - RM50





Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini.  Perkongsian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:

Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org 




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF TANGKI AIR - RM 1000
WAKAF TANGKI AIR - RM 200
WAKAF TANGKI AIR - RM 100
WAKAF TANGKI AIR - RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090