[#SAHAM AKHIRAT] “MASIHKAH KITA MAMPU TIDUR LENA DISAAT SAUDARA KITA DI SYRIA TIDUR DALAM KESEJUKKAN
![[#SAHAM AKHIRAT] “MASIHKAH KITA MAMPU TIDUR LENA DISAAT SAUDARA KITA DI SYRIA TIDUR DALAM KESEJUKKAN [#SAHAM AKHIRAT] “MASIHKAH KITA MAMPU TIDUR LENA DISAAT SAUDARA KITA DI SYRIA TIDUR DALAM KESEJUKKAN](https://mfa.myfundaction.org.my/media/forms/146-im02-misimusimsejuk3-1602768365.jpg)
ANTARA KISAH BENAR YANG SUKARELAWAN KONGSIKAN SEWAKTU MENGHANTAR BEKALAN DAN KELENGKAPAN KETIKA MUSIM SEJUK YANG LEPAS
“Bayangkan, dalam keadaan suhu yang rendah, mereka tidak memakai pakaian baju sejuk yang sepatutnya, bayi kecil kesejukan, luluh hati melihat mereka menahan lapar dalam keadaan sejuk yang kami pun tak mampu bertahan lama.”
Menggigil kesejukan, kepanasan matahari sahaja tidak mampu hangatkan suasana musim sejuk di sini, apatah lagi pada waktu malam.
Mereke diancam pelbagai penyakit, kelaparan dan ketiadaan pakaian musim sejuk yang lengkap antara cabaran besar yang bakal dihadapi oleh pelarian Palestin dan Syria tidak lama lagi.
Pernahkah anda berfikir untuk tinggal dalam keadaan musim sejuk berulang-ulang kali setiap tahun tanpa bekalan makanan yang mencukupi? Tanparumah atau khemah yang baik untuk menghindari diri daripada suhu rendah?
Begitulah kehidupan saudara kita di Palestin dan Syria dalam khemah-khemah kediaman mereka. Kehadiran musim sejuk merupakan cabaran besar yang harus dihadapi. Masa dan tenaga menjadi terhad kerana keterbatasan ketahanan manusiawi.
Inilah keadaan khemah usang yang mereka diami sepanjang masa termasuk musim sejuk. Anak kecil yang tak berdosa ini terpaksa melalui keperitan hidup dimusim sejuk tanpa kelengkapan musim sejuk yang sewajarnya.
Tetapi khemah sahaja tidak cukup, mereka perlu lebih banyak kelengkapan untuk hadapi musim sejuk ini seperti selimut, pakaian yang tebal, makanan yang cukup dan bahan bakar untuk menghangatkan suasana dan kegunaan untuk memasak.
Bekalan makanan mereka semakin hari semakin berkurangan. Keperluan ubat-ubatan semakin tinggi dan tentu sekali, pakaian yang diperlukan tidak cukup menghilangkan rasa dingin terutamanya anak-anak kecil di sana.
BAGAIMANA PROJEK WINTER MISSION AID INI DIJALANKAN?
Kami daripada MyFundAction ingin mengajak dan membuka ruang kepada anda untuk bersama-sama merealisasikan kempen Winter Mission 2021.
Hasil sokongan anda akan digunakan untuk membina penempatan dengan khemah-khemah, bekalan makanan asas, alat pemanas dan bahan bakar, pakaian tebal dan Box Of Happines. Mereka perlukannya, mereka berdoa untuk mendapatkannya.
Tanpa simpati daripada anda, mereka tidak akan mampu merasakan kehangatan di musim sejuk ini. Fikirkan anak-anak kecil dan warga emas disana. Dapatkah anda rasakan kedinginan yang sedang mereka hadapi?
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)
BAGAIMANA INGIN SERTAI KEMPEN WINTER MISSON AID INI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:
PAKEJ 1: RM200
PAKEJ 2: RM100
PAKEJ 3: Seikhlas hati
Ayuh kita sebagai rakyat Malaysia, tunjukkan keprihatinan anda kepada saudara se-Islam kita di sana yang sangat memerlukan agar dapat meneruskan hidup.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.