BENDERA PUTIH YANG BERKIBAR! KITA TETAP PEDULI KEADAAN PELAJAR KITA WALAUPUN DI PERANTAUAN


"Kami akan terus cuba bertahan disini kerana keluarga kami di Malaysia sekarang sedang berjuang untuk sesuap nasi.."


Inilah antara ungkapan pelajar Malaysia di Mesir. Mereka sebenarnya telah hilang tempat bergantung, tetapi cuba sedaya untuk terus saling menguatkan. 


Bendera Putih yang berkibar di Malaysia sebagai tanda situasi kritikal rakyat berhadapan ujian COVID ini turut dirasai oleh anak-anak kita yang masih belajar di negara orang. Adakah suara mereka kedengaran? 


Seperti yang kita sedia maklum, keadaan mendesak ini berterusan memberi kesan kepada penduduk seluruh negara termasuk Malaysia.


Isu kehilangan pekerjaan yang baru-baru ini dilaporkan sebanyak 18,074 orang pekerja yang kehilangan punca pendapatan untuk menyara kehidupan mahupun keluraga. Tidak dinafikan, ini juga menjadi punca masalah tekanan dan insiden bunuh diri.


NASIB PELAJAR MALAYSIA DI LUAR NEGARA

Situasi membimbangkan ini turut memberi kesan kepada beberapa orang pelajar yang masih dibiayai sara hidup oleh keluarga yang terjejas.


Ibu bapa tidak lagi mampu mengirimkan duit bulanan, tiada lagi peruntukan sewa rumah, keperluan makanan, keperluan pembelanjaran dan lain-lain. 


Sedihnya bila kita mendengar perjuangan mereka terpaksa berfikir mencari sumber pendapatan dan mengikat perut disaat ada dalam kalangan mereka yang masih tahun 1 pengajian, bahkan ada yang sedang menghadapi peperiksaan di universiti. 


BERSAMA KITA BERKONGSI REZEKI


Di saat genting ini mari kita berkongsi rezeki bersama mereka. Mensyukuri sedikit nikmat mengundang limpahan rahmat.


Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”

[Riwayat al-Bukhari (13)]


Kami dari MyFundAction melancarkan kempen ‘Bendera Putih’ khusus untuk membantu mahasiswa/mahasisiwi Malaysia dan masyarakat Malaysia di Mesir yang terjejas akibat pandemik ini. Objektif kempen ini adalah untuk mengedarkan 200 kotak makanan asas untuk mereka.


Ayuh bersama kami meringankan beban mereka. Mereka juga harus dibela. Kita jaga kita, Allah jaga kita!


Berikut adalah pakej yang disediakan :

PAKEJ 10 KOTAK MAKANAN ASAS: RM500

PAKEJ 5 KOTAK MAKANAN ASAS: RM250

PAKEJ 3 KOTAK MAKANAN ASAS: RM150

PAKEJ 1 KOTAK MAKANAN ASAS : RM50


Ayuh bersama kami meringankan beban mereka. Mereka juga harus dibela. Kita jaga kita, Allah jaga kita!


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej 10 Kotak
Pakej 5 Kotak
Pakej 3 Kotak
Pakej 1 Kotak
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090