[DAPAT GANJARAN PAHALA SELAMA SETAHUN HANYA DENGAN SATU HIDANGAN BERBUKA]
Bulan Ramadhan bakal menjelma lagi. Pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Kesan PKP tahun lalu masih dirasai oleh beberapa golongan seperti peniaga kecil. Kebanyakan mereka baru sahaja bangkit daripada kejatuhan tahun lalu.
Semakin ramai golongan yang hidup di bawah paras kemiskinan. Malah ada yang tidak mampu sediakan hidangan di atas meja sekali sehari. Ramadhan kali ini pastinya mengundang keperitan dalam hidup serba kekurangan.

Sudikah anda berkongsi nikmat berbuka di bulan Ramadhan yang mulia ini?
MyFundAction bersama Food For Hunger (FFH) akan membuka peluang untuk anda berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan melalui Special Iftar For Ummah (SIFU). Tak kira berapa nilai yang anda hulurkan, ia memberi momen Ramadhan yang lebih indah kepada 200,000 penerima di Malaysia juga antarabangsa. Antara golongan yang bakal menerima adalah:
-Rumah Anak Yatim
-Asnaf
-Gelandangan
-Frontliners (Doktor, Riders)
-Orang Asli

Keberkatan bulan yang mulia ini kita kongsi bersama. Kalau hari ini nilai RM50 sudah tidak lagi berharga seperti dulu, tapi ia boleh bertambah menjadi EMPAT kali ganda. Jumlah ini cukup untuk menyediakan juadah berbuka untuk sebuah keluarga.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
[Riwayat Al-Tirmizi (807)]