[JUADAH BUAT PELARIAN SYRIA, PAHALA 10 MALAM RAMADAN TERKAHIR BUAT KITA]


Ramadan bakal berakhir beberapa hari sahaja lagi. Sekarang lah masa yang paling tepat untuk kita beramal semaksimumnya. Rebut masa-masa berbaki yang dijanjikan Allah dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Pahala yang tidak mungkin kita jumpa di bulan-bulan lainnya.


Sepanjang Ramadhan ini, kami dari MyFundAction sedang sedaya upaya membantu membasmi tahap kemiskinan umat Islam, baik dalam Malaysia mahupun luar negara. Antara umat Islam yang dilanda ujian ini adalah di Syria. Hampir sepanjang tahun mereka bergelut dengan kehidupan yang sangat susah hingga terpaksa menahan kelaparan berhari-hari.


Benar, pasti ramai rakyat Malaysia juga kini sedang mengeluh, kerana suasana Ramadan dan Raya AidilFitri tahun ini pastinya sama seperti tahun lepas. Genap setahun kita mengharungi wabak COVID, akan tetapi pelarian Syria, sudah kehilangan suasana Ramadan dan Raya yang harmoni bertahun-tahun lamanya.


Mereka tidak pernah merasa meriahnya iftar apalagi sambutan Hari Raya. Mereka cuma perlukan makanan untuk memenuhi keperluan asas harian. 


Oleh itu, bagi menunjukkan rasa syukur kita dengan nikmat yang Allah berikan kepada rakyat Malaysia, kami daripada MyFundAction dengan kerjasama Food For Hunger membuka peluang kepada anda untuk bersama kami menjayakan kutipan untuk menyediakan 10,000 pek makanan asas buat saudara kita di sana.


Semoga dengan perkongsian yang walaupun sedikit, Allah SWT mengangkat darjat kita di Akhirat kerana memiliki hati yang mulia dan pemurah tambah di bulan Ramadhan yang Mulia ini. Kerana setiap daripada pemberian kita, mengembirakan mereka di sana untuk meneruskan hidup dan sama-sama beribadah.


Kebanyakan mereka mampu bertahan untuk terus hidup hanya kerana bantuan yang dihulurkan kepada mereka. Pek makanan anda buat mereka mampu menampung mereka sekeluarga untuk beberapa hari atau beberapa minggu.


Mari lah kita menjadi seperti yang disebutkan Rasulullah dalam sabdanya,

“Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkan kepada Allah hal yang baik dari dirimu, kerana orang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” 

(HR At-Thabrani)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
SPECIAL IFTAR RM 200
SPECIAL IFTAR RM 50
SPECIAL IFTAR SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090