[WALAUPUN SUDAH LUSUH, TIDAK MENJADI ALASAN BUAT MEREKA UNTUK BERHENTI MENGHAFAL DAN MENDALAMI QURAN]
Muslim Afrika adalah minoriti di negara mereka. Selain kekurangan daripada segi fasiliti, mereka juga kurang dalam teknologi dan pendidikan. Mereka seperti Malaysia yang 100 tahun kebelakang!
Bayangkan anak-anak saudara se-Islam kita sana terpaksa belajar Quran dengan menulis di atas kayu. Quran yang mereka miliki sudah lusuh bukan kerana sudah lama, tetapi sudah banyak kali bertukar tangan.
Mereka tiada Quran yang bercetak seperti yang sedia ada di Malaysia. Mereka belajar, mengaji dan menghafal, dengan menulis di atas kertas dan kayu.
Di sini, bukan mudah untuk dapatkan Quran baru. Walaupun di negara mereka ada kilang yang cetak Quran, umat Islam di sana tak mampu nak beli disebabkan kemiskinan. Kemudahan pelajaran mereka pun agak daif.
Begitulah kehidupan saudara muslim kita di Afrika, walaupun al-quran yang mereka gunakan sudah lusuh, itu sama sekali tidak menjadi alasan buat mereka untuk berhenti menghafal dan mendalami Islam. Subhanallah
Walaupun mereka kebelakang dari segi kemajuan dan pembangunan, tetapi mereka paling didepan mendalami ilmu Quran! Pelajar mereka terbukti ramai berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir, dan kembali menjadi pengajar, berbakti semula di sini!
Kami dari MyFundAction ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama menjayakan projek Waqaf Quran Afrika dengan menyasarkan kutipan secara berterusan sebanyak RM150,000 setiap bulan.
Sebanyak 3,000 naskah al quran yang akan diedarkan kepada Saudara Muslim kita yang terdapat di 6 buah benua di seluruh Afrika. Kami akan mewakili anda untuk menyampaikan Quran yang anda wakafkan untuk mereka.
![]()
Dalam firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْض
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu..."
(Al-Baqarah: 267)
SASARAN DAN JUMLAH BANTUAN YANG DIPERLUKAN?
“1 naskah Quran berharga RM50, sasaran adalah 3,000 naskah Quran untuk disampaikan…”
Anda boleh memilih mana-mana pakej dibawah:
PAKEJ D – RM500 (10 naskah Quran)
PAKEJ C – RM250 (5 naskah Quran)
PAKEJ B – RM100 (2 naskah Quran)
PAKEJ A - RM50 (1 naskah Quran)
Niat kerana Allah pasti Dia akan membantu setiap hambaNya yang membelanjakan harta mereka ke jalan yang diredhai olehNya. Ini adalah sebuah pelaburan yang dijamin pasti ada pulangan lumayan untuk menjadi jutawan di akhirat.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.