[KEMATIAN KANAK-KANAK SETIAP 10 MINIT AKIBAT TERPUTUS BEKALAN MAKANAN ]
Krisis kebuluran di Yaman jauh lebih membunuh berbanding COVID-19. Mereka bahkan lebih takut tiada makanan berbanding risau tidak mendapat vaksin COVID-19. Yaman yang merupakan negara Arab termiskin terperangkap dalam perang yang berpanjangan dan telah membunuh puluhan ribu rakyat dan mengakibatkan jutaan rakyatnya berada di ambang kebuluran.
Selain itu, 2 juta kanak-kanak berada dalam kondisi malnutrisi. Kadar tumbesaran terbantut dan sangat menyedihkan bilamana bayi yang dilahirkan lebih ketara tulangnya. Kajian dan penyelidikkan dari NGO kami serta kepakaran dari seluruh dunia menunjukkan anak-anak ini dalam bahaya. Golongan ini lebih menderita dan perlu dibantu untuk mengelakkan tumbesaran mereka terbantut.
TERDEDAH KEPADA PENYAKIT BERBAHAYA
Mereka juga terdedah kepada penyakit berbahaya seperti kolera, kwashiokor dan bronkitis kerana kekurangan makanan dan tiada rawatan yang standard diberikan. Kes kematian juga meningkat ketika mana anak-anak ini tidak dapat mengatasi penyakit ini dan bertahan dengan kekurangan makanan untuk teruskan hidup.
SUSU TEPUNG BERNUTRISI
MyFundAction dengan kerjasama Food For Hunger berusaha menyediakan 70,000 tin susu bernutrisi yang berharga RM35/tin untuk bantu tumbesaran anak-anak Yaman. Jumlah yang kecil buat kita, tapi terlalu buat mereka. Semoga ia dapat mengurangkan beban mereka yang kini berada di kem pelarian Yaman.
AYUH BERSAMA KAMI BERKONGSI REZEKI BUAT MEREKA
MyFundAction membuka peluang kepada tuan dan puan untuk sama-sama memberi kebahagiaan kepada pelarian Yaman untuk teruskan hidup dengan menghadiakan anak-anak mereka susu tepung ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ibu mana yang sanggup membiarkan anak-anaknya terus dalam penderitaan? Mari lah bersama, berganding bahu memberi sinar buat saudara kita di sana. Agar dapat menikmati makanan yang berkhasiat seperti kita juga.
BAGAIMANA MAHU BERSAMA HULURKAN BANTUAN?
Untuk berkongsi rezeki, anda boleh pilih pakej di bawah :
1 TIN SUSU RM35
3 TIN SUSU RM105
10 TIN SUSU RM350
Semoga asbab kebaikan anda berbahagi rezeki, Allah bukakan seluasnya pintu rezeki untuk anda sekeluarga dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki), dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan...
(Q.S Al-Baqarah: 245)