[TRANSFUSI DARAH MERAH DAN PLATELET BERKALI-KALI, RUPANYA MENGHIDAP KANSER DARAH]

Bagaikan mimpi, 2 tahun selepas kelahiran anak bongsu Puan Fauziah diharungi penuh cabaran. Esak tangisnya tidak dapat dibendung lagi, sedu-sedan memenuhi hari-harinya apabila adik Qayyum disahkan mengalami penyakit kronik sejak lahir.
Adik Qayyum dilahirkan pada 22 Oktober 2018 di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah. Penantian kelahirannya disambut penuh debaran terus bertukar hiba setelah doktor memberitahu adik Qayyum mengalami down sindrom dan mempunyai masalah jantung berlubang.
Pernafasannya ketika itu sangat laju dan adik Qayyum ditahan di NICU selama 37 hari. Selama keberadaannya di NICU, adik Qayyum diberi ubat jantung. Kata-kata doktor membuatkan Puan Fauziah sedikit lega kerana masalah jantung berlubang yang dihidapi oleh adik Qayyum tidak kritikal dan mempunyai harapan untuk cantum semula.

Puan Fauziah mengimbas kembali ketika malam pertama adik Qayyum dilahirkan, adik Qayyum kekurangan darah kuning dan terpaksa melakukan transfusi 1 beg platelet. Sebak melihat setiap aliran cecair yang memasuki tubuh kecilnya.
Selepas discaj, adik Qayyum kerap mengalami demam disebabkan kekurangan darah putih. Wajah comelnya juga kelihatan pucat kerana kurang darah merah, bintik-bintik merah mula memenuhi muka dan badan adik Qayyum. Adik Qayyum mudah terkena lebam dan lebam tersebut memberi kesan yang lama di badannya disebabkan kekurangan platelet.
Adik Qayyum seringkali melakukan transfusi darah merah dan platelet di Hospital Sultanah Bahiyah. Ketika umurnya 9 bulan, doktor meminta adik Qayyum menjalani ujian untuk mengambil air tulang sumsum. Hasil ujian tersebut mendapati adik Qayyum menghidap kanser darah, terus dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani kemoterapi.
Ditempuhi dengan penuh kekuatan, akhirnya adik Qayyum selesai menjalani kemoterapi pada bulan September tahun lalu. Namun setelah selesai, adik Qayyum mengalami demam dan dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah.
Lebih mengejutkan, kedua-dua buah pinggang adik Qayyum mempunyai nanah. Bukan itu sahaja, malah paru-paru dan limpa juga mengalami hal yang sama akibat jangkitan kuman.

Hari-hari si kecil ini banyak dihabiskan di hospital kerana adik Qayyum dimasukkan ke PICU selama 20 hari dan memerlukan bantuan pernafasan (intubation) selama 10 hari. Kemudian dimasukkan pula ke HDW selama 2 bulan. Disember 2020 sehingga Mac 2021 adik Qayyum berada di wad.
Pada awal bulan April, adik Qayyum pulang ke rumah dengan keadaan jarum masih di tangan. Keputusan ini dibuat atas permintaan kedua ibu bapanya. Namun begitu, adik Qayyum perlu hadir setiap hari ke hospital untuk menerima ubat dek kerana nanah di buah pinggangnya masih belum hilang.
Kini adik Qayyum perlu menjalani rawatan susulan sebulan sekali di Hospital Pulau Pinang dan berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk temujanji mata dan paru-paru.
Perjalanan jauh ke hospital memerlukan belanja yang besar, anggaran RM5,500 diperlukan untuk keperluan adik Qayyum. Bapanya, Encik Asri hanya bekerja kampung manakala Puan Fauziah pula tidak bekerja.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Qayyum.
Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada adik Qayyum untuk terus kuat melawan penyakitnya.
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.

========================================
Nama: Abdul Qayyum bin Mohd Asri
Umur: 2 Tahun 4 Bulan
Nama bapa: Mohd Asri
Nama ibu: Fauziah
Tempat Tinggal: Alor Setar, Kedah
KEPERLUAN
Kos: RM5,500
1) Kos pengangkutan
2) Susu Pediasure 15 unit/bulan
3) Lampin Drypers 2 beg/bulan
=======================================
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah adik Qayyum bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan adik Qayyum dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers