[USUS BESAR TERPAKSA DIBUANG, PERLU BERGANTUNG PADA BEG STOMA]


Kuatnya adik ini, baru berusia 2 tahun telah menjalani 6 pembedahan


Dilahirkan normal namun selepas 3 hari kelahiran, semuanya berubah. Adam Thaqif menderita masalah usus tahap kronik yang membuatkannya tidak dapat membuang air besar secara normal.


Dalam tempoh 2 tahun, Adik Thaqif telah menjalani pembedahan tebuk perut untuk memasang beg stoma, buang usus dan buang ketumbuhan di tubuhnya. Bermacam dugaan dihadapi, tidak terbayang peritnya menahan sakit.



Pilu melihat keadaan Adik Thaqif, semua usus besarnya terpaksa dibuang. Hidup berbaki usus sepanjang 75cm sahaja dan perlu menggunakan beg stoma secara kekal.


Kini bergantung pada mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN) seumur hidup dan minum susu melalui tiub di perut. Dalam tempoh sebulan, Adik Thaqif perlu minum lebih kurang 14 tin susu untuk memenuhi nutrisi dalam tubuhnya.


Keperluan Adik Thaqif sangat mahal, segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ayahnya yang hanya kerja sebagai juruteknik. Ibunya berhenti kerja demi menjaga adik Thaqif di hospital.


Adik Thaqif adalah satu-satunya cahaya mata mereka, besar harapan mereka untuk melihat Adik Thaqif membesar dengan sihat. 

 

Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Thaqif.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga. Semoga usaha ini dapat menguatkan semangat adik Thaqif untuk terus melawan penyakitnya. 


Nama: Muhammad Adam Thaqif B Mohamad Arshad 

Umur: 2 Tahun

Nama Penyakit: 

1) Hirschsprung’s Disease

2) Bowel Malabsorption

3) Adrenal Ganglioneuroblastoma


KEPERLUAN RM22,400

1) Mesin oksigen (oxygen concentrator)

2) Susu jenama Comidagen Plus x 84tin 

3) Lampin pakai buang


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adam Thaqif bagi menjayakan Tabung Alatan Perubatan buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Adam Thaqif dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090