SEKELIP MATA AIR NAIK HANYUTKAN SEMUA

Doakan mereka. Keselamatan mereka dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.
Allahuakbar!
Beginilah keadaan mereka sekarang, banyak keluarga yang terjejas. Rumah, kenderaan, barang-barang musnah.
Wakil MyFundAction telah menggerakkan bantuan awal buat mereka yang terkesan. Selain bantuan tenaga untuk pembersihan, bantuan keperluan dari segi:
✅ Bekalan Makanan Asas yang mengandungi lebih 15 barang dapur termasuk beras, minyak, susu dan gula
✅ Bantuan Kit Kebersihan yang mengandungi lebih 15 barang penjagaan kebersihan diri seperti sabun, ubat gigi, sanitizer
✅ Pek Makanan Sedia Dimakan yang boleh terus dimakan pada bila-bila masa
Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu lebih ramai keluarga. Ayuh bersama kami menjayakan misi ini!
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang meringankan (beban) seseorang yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat" [HR Muslim]