KINI HIDUP DENGAN HANYA SATU BUAH PINGGANG SAHAJA

KINI HIDUP DENGAN HANYA SATU BUAH PINGGANG SAHAJA

Berdasarkan perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan kira-kira 70 peratus penduduk negara berpendapatan rendah dan sederhana, terdedah pada risiko kanser dengan peningkatan 60 peratus dalam tempoh 20 tahun.


Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati, satu daripada empat penduduk berisiko menghidap kanser pada usia 75 tahun, sekaligus menjadikan kanser punca kedua tertinggi kematian negara ini.


Adik Maulana telah disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap 4 selama 2 tahun sejak berumur 5 tahun lagi. Hal ini disedari selepas mengalami simptom kencing berdarah. Setelah didiagnos, tumor kanser didapati sudah bersaiz 10cm.


Buah pinggang belah kanannya telah dibuang dan sekarang menjalani kehidupan dengan hanya satu buang pinggang sahaja. Lebih menyayat hati, kanser yang ada pada adik Maulana telah merebak ke bahagian hati dan perut.


Kanser ini bukanlah disebabkan faktor genetik, kerana tiada dalam kalangan keluarganya pernah atau sedang menghidap mana-mana kanser sepertinya.


Adik Maulana telah melakukan rawatan kemoterapi selama setahun dan kini perlu menghadiri temujanji doktor setiap 2 minggu sekali.


Pada November ini, adik Maulana akan melakukan ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) untuk mengetahui tahap kanser di ususnya. Menurut doktor, adik Maulana dinasihatkan untuk minum susu Pediasure bagi membantu tumbesaran badannya yang sihat. Sebelum ini, adik Maulana tidak dapat minum susu tersebut kerana bapanya tidak berkemampuan untuk beli.


Adik Maulana memerlukan RM6,000 bagi keperluannya. Namun kos yang tinggi untuk rawatan dan keperluan susunya tidak mampu ditanggung oleh keluarganya yang bergaji kecil, bapanya hanya bekerja sebagai seorang pengawal dan ibunya tidak dapat bekerja kerana menjaga adik Maulana dan perlu bersedia sekiranya adik Maulana dimasukkan ke wad untuk rawatan kemoterapi.


Kami dari MyHeart membuka Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser seperti adik Maulana. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan keluarga ini.



KEPERLUAN RAWATAN ADIK MAULANA


1. Susu PediaSure 

2. Kos Rawatan Susulan dan Ujian MRI




Allah berfirman:


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas kebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga



BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090